Kira kira seminggu sebelum temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula secara rasmi, penganjur mula menerima tekanan berganda apabila jangkitan virus pandemik Covid 19 dikesan di kediaman kem Olimpik Brazil.

Tujuh kakitangan hotel penginapan yang terletak di Bandar Hamamatsu yang terletak di selatan Tokyo didapati positif Covid 19 selepas ujian harian dilakukan kepada mereka sebelum memulakan tugas

Kenyataan rasmi bandar itu menyebut delegasi Olimpik Brazil yang terdiri daripada atlet Judo, yang menginap di hotel berkenaan secara gelembung tidak bercampur dengan penginap yang lain dan disahkan tidak mengalami sebarang jangkitan.

Tokyo menjalani perintah berkurung sehingga tamat saingan Tokyo 2020 telah merekodkan 1149 kes baharu jangkitan Covid 19 pada Rabu.

Delegasi Olimpik termasuklah atlet dari negara negara lain telahpun berada di bumi Jepun sejak beberapa hari lalu.

Ada yang diuji positif Covid 19 dan menjalani proses pengasingan, termasuklah pasukan ragbi dari Afrika Selatan yang merupakan kontak rapat bagi individu yang positif ketika berada dalam satu penerbangan.

Begitu juga dengan kontinjen refugee Olimpik yang terpaksa menunda penerbangan mereka selepas keputusan ujian positif diterima di Qatar.

Disebalik usaha penganjur Tokyo 2020 yang melaksanakan sistem gelembung atau kejohanan dilangsungkan secara tertutup untuk menjaga kesejahteraan kesemua yang terlibat di di temasya itu selamat dan terhindar daripada jangkitan Covid 19, masih ada yang meraguinya.

Pakar perubatan berpendapat, masih berlaku kelonggaran melibatkan kakitangan bahagian perkhidmatan yang mungkin akan mencetuskan kemungkinan untuk berlaku jangkitan Covid 19.

Malah, penduduk tempatan juga tidak yakin dengan penganjuran temasya itu di Jepun kerana ia bakal melibatkan keadaan negara itu masih bergelut untuk pulih daripada pandemik Covid 19.

Majoriti menyuarakan Tokyo 2020 sepatutnya dibatalkan atau ditunda ke satu tarikh lain selagi Covid 19 belum reda sepenuhnya.

Penganjur Tokyo 2020 bagaimanapun mendapat sokongan daripada Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas BAch yang berada di Jepun untuk meninjau persiapan sebelum temasya itu berlangsung secara rasmi minggu depan.

Bach memuji kerja keras yang telah dilakukan oleh semua yang terlibat untuk memastikan temasya ini direalisasikan meskipun berdepan pelbagai rintangan.

 

 

- Advertisement -