
Barisan jaguh dunia dan Olimpian dalam arena sukan negara disenarai pendek bagi perebutan gelaran Atlet Terbaik dan Atlet Para Terbaik Anugerah Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) 100PLUS 2024.
Pemenang pingat gangsa sukan badminton bergu lelaki, Aaron Chia – Soh Wooi Yik di Sukan Olimpik Paris 2024 akan bersaing dengan pelari Menara, Soh Wai Ching, Sin Li Jane (Tenpin Boling), Tan Cheong Min (Wushu) dan jaguh nombor satu dunia Boling Padang, Farah Ain Abdullah
Persaingan bagi Anugerah Atlet Para Terbaik 2024 terus menyaksikan persaingan diantara dua individu, Cheah Liek Hou daripada sukan Para badminton dan Bonnie Bunyau Anak Gustin daripada sukan Powerlifting yang akan merangkul trofi ketiga sejak Anugerah Atlet Para Terbaik diperkenal pada 2016 sebagai pengiktirafan kepada atlet Para negara.
Tiga lagi atlet daripada sukan Para Olahraga, Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20), Datuk Latif Romly (lompat jauh T20) dan Eddy Bernard (lari pecut T44) juga akan bersaing bagi perebutan Anugerah Atlet Para Terbaik 2024.
Kedua dua pemenang Atlet Terbaik dan Atlet Para Terbaik 2024 masing masing akan menerima hadiah wang tunai RM 10 000 beserta trofi.
Senarai pencalonan diumumkan oleh Presiden SAM, Norismadi Abd Manap pada sidang media yang turut dihadiri Pengarah Libat Urus Kerajaan dan Industri, Freaser & Neave Holding Bhd, Norazrin Norsyam Yee.
Jelas Presiden SAM,Norismadi Abd Manap, pengeluar minuman isotonik nombor satu negara, 100PLUS telah bekerjasama dengan SAM sejak sekian lama dan merupakan penaja utama Anugerah Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) 100PLUS sejak 2003 .
“Kerjasama antara SAM dan 100PLUS yang juga sudah terjalin sekian lama dan sentiasa menambah baik dari semasa ke semasa. Kami berterima kasih kepada 100PLUS di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan,.
Dalam pada itu, Norismadi turut memaklumkan, barisan kepimpinan SAM sebulat suara bersetuju untuk menaikkan jumlah hadiah kemenangan bagi anugerah utama iaitu Siebel kepada RM 10 000 berbanding RM 7000 sejak anugerah ini diperkenal pada 2016.
Satu lagi anugerah yang dinaikkan adalah Pengulas Sukan Popular dimana wang kemenangan terbaharu adalah RM 3000 berbanding RM 1500 sejak ia diperkenalkan pada 2023.
“SAM sentiasa berusaha untuk mengiktiraf dan mengangkat anugerah yang diadakan saban tahun sebagai menghargai perjuangan oleh rakan rakan media samada, cetak, elektronik ataupun atas talian (online).
“Setiap karya samada cetak ataupun elektronik matlamat mereka adalah satu, untuk memartabatkan dan menjalinkan hubungan yang positif dengan pemegang taruh sukan di Malaysia dan media tidak hanya berkisar tentang penulisan tetapi juga turut menyumbang idea dan cadangan untuk menambah baik aspek aspek tertentu,”kata Norismadi.
Anugerah kewartawanan dibahagi kepada enam kategori;
Laporan Berita Terbaik (Media Cetak)
LaporanBerita Terbaik (Media Elektronik)
Ulasan BeritaTerbaik (Media Cetak)
Ulasan Berita Terbaik(Media Elektronik)
Laporan Khas Terbaik(Terbuka)
Fotografi Sukan Terbaik
Pemenang terbaik keseluruhan untuk kategori kewartawanan sukan akan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Siebel.
Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) – 100PLUS 2024 dijadual berlangsung pada 14 Julai 2025 dan dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Selain mengiktiraf atlet yang cemerlang serta mengharumkan nama Malaysia sepanjang tahun 2024, turut dirai di majlis Anugerah SAM-100PLUS adalah wartawan sukan serta individu atau tokoh tokoh sukan yang telah menyumbang dalam mengharumkan nama persatuan masing masing menerusi kejayaan yang telah diraih.
SENARAI ANUGERAH SAM 2024
Anugerah Tokoh Kepimpinan SAM
Anugerah Persatuan Dinamik
Atlet Muda Terbaik
Pengulas Popular SAM 2024
Laporan Berita Terbaik Media Cetak
Laporan Berita Terbaik Media Elektronik
Ulasan Sukan Terbaik Media Cetak
Ulasan Sukan Terbaik Media Elektronik
Fotografi Sukan Terbaik
Laporan Khas Terbaik
Anugerah Khas
Atlet Terbaik 2024
Atlet Para Terbaik 2024
Anugerah Siebel 2024
SENARAI ATLET TERBAIK SAM:
1995 – Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (badminton)
1996 – Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (badminton)
1997 – Nurul Huda Baharin (menembak)
1998 – Lim KengLiat (renang)
1999-2001 – TiadaAnugerah
2002 – Lim Keng Liat (renang) danS.Premila (karate-do)
2003 – Lim Keng Liat (renang)
2004 – Bryan Nikson Lomas (terjun)
2005 – Nicol Ann David (skuasy)
2006 – Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (badminton)
2007 – Wong Mew Choo (badminton)
2008 – Lee Chong Wei (badminton)
2009 – Mohd Azizul Hasni Awang (berbasikal)
2010 – Pandelela Rinong (terjun)
2011 – Nur Suryani Taibi (menembak)
2012 – Pandelela Rinong (terjun)
2013 – Sazali Samad (binabadan)
2014 – Nicol Ann David (skuasy)
2015 – Pandelela Rinong (terjun)
2016 – Lee Chong Wei (badminton)
2017 – Mohd Azizul Hasni Awang (berbasikal trek)
2018 – Muhammad Rafiq Ismail (tenpin boling
2019 – Mohd Azizul Hasni Awang (berbasikal trek)
2020/2021 – Datuk Mohd Azizul Hasni Awang (berbasikal trek)
2022 – Datuk Mohd Syarul Azman (bina badan)
2023 – Nur Ain Nabilah Tarmizi – Aleena Ahmad Nawawi (boling padang)
ATLET PARALIMPIK TERBAIK SAM:
2016 – Mohd Ridzuan Mohd Puzi (olahraga)
2017 – Muhd Ziyad Zolkefli (olahraga)
2018 – Mohd Ridzuan Mohd Puzi (olahraga)
2019 – Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting)
2020/2021 – Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting)
2022 – Cheah Liek Hou (badminton para)
2023 – Cheah Liek Hou (badminton para)


































