

Atlet boling tenpin negara, Ho Choon Seong dan Syabil Azam Syamsul Azam, dinobatkan sebagai Olahragawan Sukan Pekak Negara 2025 di majlis Anugerah Sukan Pekak Negara (ASPN) Kali Ke-2, yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN) pagi ini.
Kedua-dua atlet yang mencipta kejayaan cemerlang dengan memenangi pingat emas acara beregu lelaki pada temasya Deaflympics Tokyo, nyata merasa terharu apabila menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari.
“Ia benar-benar satu kejutan. Kami langsung tidak menjangkakan untuk memenangi anugerah ini,” kata Choon Seong.
Syabil Azam pula berkata, “Kemenangan ini akan menjadi pembakar semangat untuk kami terus meningkatkan prestasi dalam kejohanan akan datang.”
Syabil yang merupakan atlet muda pekak negara menjadikan kejayaan di Deaflympics Tokyo sebagai dorongan utama, manakala Choon Seong pula merupakan atlet berpengalaman luas dalam arena tenpin boling pekak.
Pada Sukan SEA Pekak Kali Ke-2 (SEADeaf) di Jakarta, Indonesia Ogos lalu, Choon Seong mempamerkan dominasi luar biasa apabila meraih empat pingat emas menerusi acara Beregu, Trio, All-Event dan Masters, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai antara atlet pekak terbaik negara.
Sementara itu, tenpin boling mendominasi Anugerah Sukan Pekak Negara apabila atlet pekak wanita turut merangkul Anugerah Olahragawati Sukan Pekak Negara 2025.
Huwainaa Danduan Abdullah dan Nor Misha Nathera Mackery diberi pengiktirafan hasil kejayaan memenangi pingat perak acara beregu wanita di Deaflympics Tokyo.
“Kami amat bersyukur atas pengiktirafan ini. Ia pasti akan mendorong kami untuk bekerja lebih keras dan meningkatkan prestasi,” kata Huwainaa.
SENARAI PEMENANG
ANUGERAH SUKAN PEKAK NEGARA KALI KE-2 2025**
1. OLahragawan Sukan Pekak Negara 2025
A. Ho Choon Seong (Boling Tenpin)
Deaflympics Tokyo
• Beregu Lelaki – Emas
Sukan SEA Pekak Jakarta
• Individu Lelaki – Perak
• Beregu Lelaki – Emas
• Trio Lelaki – Emas
• All-Event Lelaki – Emas
• Masters Lelaki – Emas
B. Syabil Azam bin Syamsul Azam (Boling Tenpin)
Deaflympics Tokyo
• Beregu Lelaki – Emas
OLahragawati Sukan Pekak Negara 2025
A. Huwainaa Danduan Abdullah (Boling Tenpin)
Deaflympics Tokyo
• Beregu Wanita – Perak
Sukan SEA Pekak Jakarta
• Beregu Wanita – Gangsa
• Trio Wanita – Emas
B. Nor Misha Nathera Mackery (Boling Tenpin)
Deaflympics Tokyo
• Beregu Wanita – Perak
Sukan SEA Pekak Jakarta
• Trio Wanita – Perak
3. Anugerah Kepimpinan
• Soo Kok Heng
(Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Sabah)
4. Anugerah Tokoh Sukan
• Mohamad Sazali Sha’ari
(Penasihat Persekutuan Orang Pekak)
5. Anugerah Jurulatih Kebangsaan
• Kheng Tay Teck
(Jurulatih Boling Tenpin)
6. Anugerah Khas
• YB Dato’ Seri Fatimah Abdullah
(Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Negeri Sarawak)
• YB Puan Hannah Yeoh
(Menteri Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri)
• Allahyarham Datuk Naim Mohamad
(Mantan Penasihat MSDeaf)
• Mr. Isao Hayashi
(Datuk Bandar Miyoshi Town, Jepun)
7. Anugerah Atlet Harapan Sukan Pekak (Lelaki)
• Edmund Teo Seng Keong (Badminton)
8. Anugerah Atlet Harapan Sukan Pekak (Wanita)
• Nur Andrina binti Zainuddin (Olahraga)





























