Lima atlet dari lima sukan berbeza disenarai pendek bagi merebut Anugerah Atlet Terbaik di Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) – 100PLUS 2025.

Tan Cheong Min, daripada sukan Wushu meraih tiga pingat emas menerusi Nandao dan Nangun individu, serta Duilian acara berpasukan di Kejuaraan Dunia yang berlansung di Brazil pada Ogos tahun lalu membuktikan beliau layak untuk dicalonkan.

Namun, atlet berusia 27 tahun itu bakal berdepan saingan sengit gandingan Chen Tang Jie – Toh Ee Wei yang menaiki podium selaku juara di Kejuaraan Dunia yang berlangsung di Perancis pada Ogos tahun lalu selepas menundukkan pilihan kedua dari China, Jiang Zhen Bang – Wei Ya Xin.

Turut berada di dalam senarai pendek bagi pencalonan Anugerah Atlet Terbaik 2025 Emma Firyana Saroji yang menaiki podium selaku juara di Kejohanan Boling Padang Piala Dunia yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara November tahun lalu.

Turut berada dalam senarai pendek bagi Anugerah Atlet Terbaik 2025, Muhd Rafiq Ismail (tenpin boling) yang meraih emas dalam acara berpasukan lelaki di Piala Dunia IBF di Hong Kong dan Mohd Abdul Latif Maxzakir (pencak silat).

Sementara itu, tiga paralimpian negara, Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting), Cheah Liek Hou (para badminton) dan Datuk Abdul Latif Romly (para olahraga) antara lima atlet para yang disenarai pendek bagi merebut anugerah Atlet Para Terbaik 2025.

Bonnie dinobat sebagai juara dunia dalam kategori 72 kg di Kejohanan Powerlifting Dunia yang berlangsung di Cairo, Mesir pada Oktober tahun lalu

Kejayaan ini sekaligus melengkapkan rekod cemerlang atlet para kelahiran Sarawak sebagai juara dunia empat kali berturut turut; 2019, 2021, 2023, dan 2025.

Manakala atlet para badminton, Cheah Liek Hou muncul juara dalam acara perseorangan dan beregu lelaki SU5 di kejohanan Para Badminton Antarabangsa, Jepun sementara Datuk Abdul Latif Romly memperbaharui rekod dunia acara lompat jauh T20 7.67 meter, memperbaharui rekodnya sendiri 7.64 meter yang dilakukan pada 2018 sekaligus meraih pingat emas di kejohanan Olahraga Para Dunia 2025 di New Delhi, India.

Tiga paralimpian ini akan berdepan cabaran dua perenang para, Abdul Halim Mohammad yang meraih lima pingat emas, 1 pingat perak dan satu pingat gangsa serta Carmen Lim yang meraih 2 emas, 4 pingat perak dan satu pingat gangsa, di Sukan Para Asean, Thailand tahun lalu

Pemenang kedua-dua anugerah utama ini akan menerima hadiah wang tunai RM 10,000 dan trofi.

Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) – 100PLUS 2025 dijadual berlangsung pada 13 Mei 2026 di ibu negara dan dijangka akan di rasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan YB Dr Mohammed Taufiq Johari

Pada sidang media yang berlangsung di Bukit Jalil hari ini, senarai pencalonan Atlet Terbaik dan Atlet Para Terbaik 2025 diumumkan oleh Presiden SAM, Norismadi Abd Manap dan turut dihadiri Pengarah Libat Urus Kerajaan dan Industri, Fraser & Neave Holdings Bhd En Norazrin Norsyam Yee.

Minuman isotoik nombor satu Malaysia 100PLUS, terus komited bersama sama SAM sebagai rakan penaja anugerah SAM 100PLUS sejak 2003

“Di kala keadaan global yang tidak menentu, kerjasama antara SAM dan 100PLUS terus kekal utuh dalam memartabatkan industri sukan di tanah air. SAM mengucapkan terima kasih kepada 100PLUS dan sentiasa menambah baik dari semasa ke semasa,”kata Norismadi

Tambah Norismadi lagi, “SAM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengamal media yang terus komited dalam memperkasa landskap sukan negara.
Karya-karya yang dihasilkan, sama ada melalui media cetak, elektronik mahupun platform digital, bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi turut membentuk persepsi, menyemarakkan semangat kesukanan dan menyatukan Masyarakat.”.

Anugerah kewartawanan dibahagi kepada enam kategori;
Laporan Berita Terbaik (Media Cetak)
LaporanBerita Terbaik (Media Elektronik)
Ulasan BeritaTerbaik (Media Cetak)
Ulasan Berita Terbaik(Media Elektronik)
Laporan Khas Terbaik(Terbuka)
Fotografi Sukan Terbaik

Pemenang terbaik keseluruhan untuk kategori kewartawanan sukan akan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Siebel.

Selain mengiktiraf atlet yang cemerlang serta mengharumkan nama Malaysia sepanjang tahun 2025, turut dirai di majlis Anugerah SAM-100PLUS adalah wartawan sukan serta individu atau tokoh tokoh sukan yang telah menyumbang dalam mengharumkan nama persatuan masing masing menerusi kejayaan yang telah diraih.

SENARAI ANUGERAH SAM 2025

  1. Anugerah Tokoh Kepimpinan SAM
  2. ⁠Anugerah Persatuan Dinamik
  3. ⁠Atlet Muda Terbaik
  4. Pengulas Popular SAM 2025
  5. ⁠Laporan Berita Terbaik Media Cetak
  6. Laporan Berita Terbaik Media Elektronik
  7. ⁠Ulasan Sukan Terbaik Media Cetak
  8. Ulasan Sukan Terbaik Media Elektronik
  9. Fotografi Sukan Terbaik
  10. Laporan Khas Terbaik
  11. Anugerah Khas
  12. ⁠Atlet Terbaik 2025
  13. Atlet Para Terbaik 2025
  14. Anugerah Siebel 2025

SENARAI ATLET TERBAIK SAM:
1995 – Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (badminton)
1996 – Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (badminton)
1997 – Nurul Huda Baharin (menembak)
1998 – Lim KengLiat (renang)
1999-2001 – TiadaAnugerah             
2002 – Lim Keng Liat (renang) danS.Premila (karate-do)
2003 – Lim Keng Liat (renang)
2004 – Bryan Nikson Lomas (terjun)
2005 – Nicol Ann David (skuasy)
2006 – Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (badminton)
2007 – Wong Mew Choo (badminton)
2008 – Lee Chong Wei (badminton)
2009 – Mohd Azizul Hasni Awang (berbasikal)
2010 – Pandelela Rinong (terjun)
2011 – Nur Suryani Taibi (menembak)
2012 – Pandelela Rinong (terjun)
2013 – Sazali Samad (binabadan)
2014 – Nicol Ann David (skuasy)
2015 – Pandelela Rinong (terjun)
2016 – Lee Chong Wei (badminton)
2017 – Mohd Azizul Hasni Awang (berbasikal trek)
2018 – Muhammad Rafiq Ismail (tenpin boling
2019 – Mohd Azizul Hasni Awang (berbasikal trek)
2020/2021 – Datuk Mohd Azizul Hasni Awang (berbasikal trek)
2022 – Datuk Mohd Syarul Azman (bina badan)
2023 – Nur Ain Nabilah Tarmizi – Aleena Ahmad Nawawi (boling padang)
2024 – Nur Farah Ain Abdullah – Boling Padang

ATLET PARALIMPIK TERBAIK SAM:
2016 – Mohd Ridzuan Mohd Puzi (olahraga)
2017 – Muhd Ziyad Zolkefli (olahraga)
2018 – Mohd Ridzuan Mohd Puzi (olahraga)
2019 – Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting)
2020/2021 – Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting)
2022 – Cheah Liek Hou (badminton para)
2023 – Cheah Liek Hou (badminton para)
2024 – Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting)

- Advertisement -