Pengurus pasukan skuad B-19 negara Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar optimis sasaran untuk mara ke separuh akhir mampu dicapai di Kejuaraan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 di Uzbekistan, Oktober depan.

Namun beliau menegaskan skuad B19 tidak akan memandang rendah mana mana pasukan dalam kumpulan D.

Persiapan yang dirancang akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin sebaik mendapat pelepasan daripada Majlis Keselematan Negara kelak.

 

Skuad B19 tahun negara diundi dalam kumpulan D bersama sama bekas juara, Qatar, Tajikistan dan Yemen.

Tambah Datuk Kamarul lagi, perancangan untuk menjalani latihan diluar negara sedang dirangka dan belum muktamad sehingga mendapat keputusan muktamad daripada MKN.

Untuk rekod, Qatar merupakan bekas juara pada 2014.

Majlis undian dilakukan secara maya di Ibu Pejabat AFC petang tadi dimana 16 pasukan yang layak diundi kepada empat kumpulan.

Kejuaraan B-19 AFC 2020, menjadi medan kelayakan ke Piala Dunia B-20 2021.

lain lain keputusan, tumpuan juga terarah kepada penyandang juara Arab Saudi yang diundi dalam Kumpulan C bersama Australia, Vietnam dan Laos, sementara Kumpulan A diisi Uzbekistan, Indonesia, Kemboja dan juara empat kali, Iran.

Kumpulan B pula membariskan bekas juara dimana juara 12 kali, Korea Selatan bakal bersaing dengan Iraq yang juga juara 5 kali serta juara 2016, Jepun dan Bahrain untuk mengisi dua slot teratas.

 

keputusan undian Kejuaraan B-19 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 

Kumpulan A: Uzbekistan, Indonesia, Kemboja, Iran

Kumpulan B: Korea Selatan, Jepun, Iraq, Bahrain

Kumpulan C: Arab Saudi, Australia, Vietnam, Laos

Kumpulan D: Qatar, Tajikistan, Malaysia, Yemen

 

- Advertisement -