paralympicsOleh Ku Mohd Lufti

Perjuangan 21 paralimpik negara bermula semalam dan antara yang turun memulakan saingan adalah Muhamad Afiq Afify Rizan dalam acara trek.

Acara ujian masa 4 kilometer B lelaki, atlet berusia 20 tahun ini gagal menempatkan diri ke peringkat akhir.

Namun catatan yang dilakar, 4 minit 51.906 saat mengatasi catatan peribadi lamanya iaitu 4 minit 57.611 saat yang dilakukan ketika di kejohanan Dunia di Itali Mac lepas.

Afiq yang beraksi bersama sama Mohd Faizal Mohamed Noh selaku pilot, menamatkan saingan ditempat ke 14 daripada 16 pasukan yang bertanding.

Ini adalah penampilan pertama Malaysia bagi acara berbasikal, malah Afiq dan Faizal merupakan wakil tunggal bagi negara Asia.

Perjuangan Afiq masih belum selesai di Rio kerana beliau akan turun untuk beraksi dalam acara 1 kilometer ujian masa B lelaki pada 11 september nanti.

Sementara itu acara olahraga menyaksikan Nasharuddin Mohamad turut gagal melayakkan diri ke peringkat akhir bagi acara 400 meter T20 lelaki.

Nasharuddin menamatkan perlumbaan saringan pertama dengan catatan masa 51.75 saat, menduduki tempat kelima.

Catatan masa itu bagaimanapun tidak berjaya mengatasi catatan masa peribadi terbaik beliau iaitu 49.65 saat.

Di gelanggang ping pong di Pavilion 3, Riocentro, Mohamad Azwar Bakar tumpas 1-3 kepada pemain nombor tiga dunia, Mateo Boheas dalam aksi pembukaan kumpulan C (kelas 10).

Azwar bangkit daripada kekalahan 4-11 di set pertama untuk melakar kemenangan 11-5 di set kedua, namun Boheas memastikan kemenangan di dua set berikutnya 11-9, 14-12 dalam masa 31 minit.

Azwar akan berdepan wakil China, Yang Ge esok.

- Advertisement -