Alistair Overeem memenangi pertarungan menentang Augusto Sakai menerusi kejayaan ‘pound and ground’ di pusingan kelima, sekaligus membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk kejayaan.

Petarung kategori ‘heavyweight’ yang berusia 40 tahun ini mula menujukkan taringnya di pusingan ketiga menerusi beberapa tumbukan sebelum menjatuhkan lawannya.

Overeem, yang sekarang ini telah menang empat dari lima pertarungan menerusi ‘knockout’ sudah menjangkakan pertarungan dengan Sakai bakal berlangsung sengit.

“Saya menjangka perlawanan ini akan diheret ke beberapa pusingan dan ianya mengambil lima. Kemenangan di pusingan pertama pastinya manis, 10 saat lebih manis, tetapi ini UFC.

“Tiap peserta mempunyai kardio, strategi dan pelan untuk menang, jadi saya kena bersabar untuk mengambil peluang saya. Ini versi terbaik saya sebenarnya,” kata Overeem.

Aksi di acara utama seterusnya menyaksikan Ovince Saint Preux menggunakan tendangan berbisa untuk melemahkan lawannya Alonzo Menifield, sebelum tumbukan tangan kiri di pusingan kedua menyerahkan kemenangan ‘knockout’ buat beliau.

“Biasanya orang berpendapat saya tidak mempunyai kuasa, tetapi saya telah menjatuhkan atlit ‘heavyweight’ yang lasak. Di aksi ‘lightweight’, mereka berkata ‘Ovince tidak mempunyai kuasa’. Tetapi saya mempunyai ketepatan dan itu paling penting,” kata Saint Preux.

Kemenangan paling pantas menjadi milik Brian Kelleher, yang menamatkan tentangan dari Ray Rodriguez selepas 39 saat menerusi ‘guillotine choke’.

“Saya agak gementar sebelum perlawanan ini, tetapi gembira dapat peluang untuk berlawan dan mendapatkan kemenangan besar. Saya telah kembali menang,” kata Kelleher.

Andre Muniz pula menggunakan kepakaran jiu jitsu Brazil beliau menerusi kemenangan pusingan pertama ke atas Bartosz Fabinski.

Pertarungan seterusnya menyaksikan Michel Pereira menampilkan aksi mantap untuk membelasah Zelim Imadaev menerusi pelbagai gerakan termasuk tamparan dan terjahan lutut.

 

UFC Fight Night: Keputusan Rasmi

Alistair Overeem menang Augusto Sakai

Ovince Saint Preux menang Alonzo Menifield

Michel Pereira menang Zelim Imadaev

Andre Muniz menang Bartosz Fabinski

Brian Kelleher menang Ray Rodriguez

Viviane Araujo menang Montana De La Rosa

Hunter Azure menang Cole Smith

- Advertisement -