AmBank Group as Title Sponsor of AmBank KL Run 2015
AmBank Group today was unveiled as the Title Sponsor for the inaugural AmBank Kuala Lumpur Run 2015 which will be held on Sunday, 8 February 2015.

 

Targeting approximately 4,000 runners, the run would start and finish at Padang Merbok, Kuala Lumpur and is open to Malaysians and foreigners with Permanent Residence (PR) status.

There will be eight categories with distances from 10km, 7km and 5km and is open to Men, Women and Family categories. A total of RM9,300 in prize money is up for grabs.

ā€œWe are proud to come on board as the Title Sponsor and as a first time title sponsor, we are looking forward to see many running enthusiasts and also their families, making it a fun outing for everyone. We are aware that that the Federal Territory Kuala Lumpur Athletic Association (FTKLAA) is one of the more active and dynamic athletic association in the country and they have been instrumental in organising many athletic events in the city.

Hence, we are very pleased to work with them as they are a good partner and have a proven track record in not only organising athletic events but also running grassroots development programmes for the benefit of budding athletes in Kuala Lumpur,ā€œ said Syed Anuar Syed Ali, Senior Vice President/Head, Group Corporate Communications and Marketing, AmBank Group after presenting the mock cheque to Mr Leo Leslie Armstrong, President, FTKLAA.

Closing date is on Tuesday, 27 January 2015 for online registration while on-the-spot registration is open until the total figure reaches 4,000 runners.

 

Kumpulan AmBank sebagai Penaja Utama bagi AmBank Kuala Lumpur Run 2015 Pertama

Kumpulan AmBank hari ini diumumkan sebagai Penaja Utama untuk AmBank Kuala Lumpur Run 2015 yang akan diadakan buat julung kalinya pada Ahad, 8 Februari 2015.

Menyasarkan kira-kira 4,000 pelari, larian ini akan bermula dan berakhir di Padang Merbok, Kuala Lumpur dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan warga asing dengan status Penduduk Tetap (PR).

Terdapat lapan kategori dengan jarak dari 10km, 7km dan 5km dan ia dibuka untuk kategori Lelaki, Wanita dan Keluarga. Hadiah wang tunai sejumlah RM9,300 adalah untuk dimenangi.

“Kami berbangga menjadi Penaja Utama untuk julung kalinya, dan kami tidak sabar-sabar untuk melihat peserta-peserta dan juga keluarga mereka, menjadikannya satu perlumbaan yang menyeronokkan untuk semua orang. Kami sedar bahawa Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (FTKLAA) adalah satu persatuan olahraga yang aktif dan dinamik di negara ini dan mereka telah memainkan peranan penting dalam menganjurkan pelbagai acara sukan di bandar.

Oleh yang demikian, kami amat berbesar hati untuk bekerja dengan mereka kerana mereka adalah rakan kongsi yang baik dan mempunyai rekod prestasi yang cemerlang dalam bukan sahaja menganjurkan acara sukan tetapi juga menjalankan program-program pembangunan di peringkat akar umbi untuk manfaat atlet-atlet yang sedang meningkat di Kuala Lumpur, “kata Syed Anuar Syed Ali , Naib Presiden Kanan / Ketua, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan, Kumpulan AmBank selepas menyampaikan cek replika kepada Encik Leo Leslie Armstrong, Presiden, FTKLAA.

Tarikh tutup adalah pada Selasa, 27 Januari 2015 untuk pendaftaran dalam talian manakala pendaftaran ā€œon-the-spotā€ akan dibuka sehingga jumlah keseluruhan mencecah 4,000 pelari.

- Advertisement -