Jersi baru pasukan COBRA yang diperkenalkan dalam sidang media Kejohanan COBRA 10s ke-46 di Hotel Best Western, Petaling Jaya.
Jersi baru pasukan COBRA yang diperkenalkan dalam sidang media Kejohanan COBRA 10s ke-46 di Hotel Best Western, Petaling Jaya.

amnig-logoAMNIG sebuah produk jenama sukan tempatan yang kian meningkat naik kini mengorak langkah dengan menaja jersi baru bagi pasukan COBRA. Jenama yang diambil dari singkatan kata “A Must Name In Gears” tampil dengan logo pandangan hadapan kepala kuda lumba ini telah mula bertapak sejak 3 tahun lalu. Setiap hasil produk sukan berpretasi tinggi ini dihasikan sepenuhnya di dalam negara di mana mempunyai kilang pengeluaran di Johor.

Pertama kali dalam penghasilan jersi ragbi ini, pihak AMNIG turut telah memastikan produk mereka tahan lasak untuk berentap di dalam sukan berprestasi tinggi ini. Setiap pemilihan kualiti material yang sesuai dan kualiti jahitan amat dititik-beratkan untuk memastikan setiap helai produk pakaian sukan mereka mampu untuk bersaing dengan beberapa jenama antarabangsa yang lain.

sukandaily-kejohanan-cobra-10s-2016-ke-46-007

“Terima kasih kepada COBRA kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menaja jersi rasmi mereka selaku jenama pengeluar pakaian sukan tempatan. Turut menarik perhatian kami, ragbi adalah satu sukan yang kita boleh lihat di mana para peminat kelab lain datang untuk memberi sokongan kepada bukan pasukan atau kelab ragbi mereka. Sukan ini juga mampu untuk membawa seisi keluarga hadir ke padang memberi sokongan. Sesuatu yang berlainan dengan sukan lain.”, berkata Colin Cheang selaku Ketua Pegawai Eksekutif jenama ini ketika majlis perlancaran jersi baru pasukan COBRA.

Pada hari kejohanan COBRA 10s ke-46 yang bakal berlansung pada 12 & 13 November 2016 ini, pihak AMNIG akan turut melakukan jualan produk sukan pada harga istimewa.

- Advertisement -