rio.2016Pelumba trek negara, Azizulhasni Awang nyata kecewa apabila gagal meraih tiket sukan Olimpik Rio Ogos nanti dalam acara pecut.

Pelumba kelahiran Terengganu itu gagal melepasi pusingan kelayakan di Kejohanan Trek Dunia di London.

Catatan 10.084 saat yang dilakukan tidak mencukupi untuk The Pocket Rocketman Malaysia apabila sekadar menduduki tempat ke-28 dari 34 pelumba.

Pelumba Jepun Seiichiro Nakagawa meraih slot tersebut selepas menamatkan saingan ditempat ke 20, sekaligus mara ke pusingan pertama.

Hanya 24 pelumba mara ke pusingan pertama pada Kejohanan Trek Dunia yang menjadi medan terakhir pelumba mengutip mata ke Rio.

‘Untuk acara Sprint, adalah perlumbaan untuk saya merebut tempat ke rio 2016.  Di mana saya telah qualify untuk acara keirin . Saya berhadapan dengan pelumba jepun, untuk mendapat tiket tersebut. Malangnya pada sesi kelayakan, saya berada di kedudukan di belakang Nakagawa, Di 100 meter pertama, saya berada dikedudukan terbaik , tetapi di 100 m ke finishing line, kelajuan saya sedikit perlahan, menyebabkan saya dipotong oleh beliau.’ Kata Azizulhasni.

Keputusan ini menyaksikan Azizulhasni hanya akan beraksi dalam acara keirin di Olimpik Rio pada Ogos nanti.

- Advertisement -