Sukan Olimpik yang ditangguhkan susulan penularan Covid-19 akan menelan belanja sekurang-kurangnya 1.64 trillion Yen (AS$15.9 billion), kata penganjur.
Kos tambahan meningkat kepada 294 billion Yen (AS$2.8 billion) dari tahun sebelumnya—sekaligus meletakkan bajet akhir untuk temasya kali ini bakal menjadi penganjuran Sukan Olimpik Musim Panas termahal dalam sejarah.
Satu tinjauan pendapat umum menunjukkan majoriti orang Jepun tidak bersetuju untuk Sukan Olimpik Tokyo itu dianjurkan tahun hadapan dengan memilih untuk penundaan atau pembatalan terus temasya sukan Antarabangsa itu.
Namun, pihak penganjur mempertahankan peningkatan kos tersebut dan menegaskan temasya sukan itu akan tetap diadakan tahun hadapan; menolak penundaannya sekali lagi.
Kata Ketua Pegawai Eksekutif Tokyo 2020, Toshiro Muto, sekiranya kos tersebut dilihat sebagai satu pelaburan, ia boleh memberi impak yang positif.
Pengajur telah berusaha mengurangkan pelbagai elemen temasya itu dalam langkah penjimatan termasuk pembatalan upacara menyambut para atlet.
Namun, penjimatan ini diselitupi dengan tambahan kos baharu daripada tempahan semula venue, pengangkutan serta pengekalan staf jawatankuasa penganjur yang besar.
Pihak penganjur turut meningkatkan bajet perkhidmatan sukan itu kepada 731 billion Yen (AS$7.1 billion), dan wang tambahan diperuntukkan untuk upacara pembukaan dan penutup.
Sehubungan itu, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa telah bersetuju untuk menanggung kos pemindahan venue bagi acara marathon dan jalan kaki ke Sapporo bagi mengelak suhu panas di Tokyo.
Peruntukan sebanyak 96 billion Yen (AS$929 juta) akan meliputi langkah pencegahan virus, termasuk mewujudkan pusat kawalan jangkitan di Perkampungan Olimpik—sebahagian daripada rangka tindakan yang diumumkan awal bulan ini beserta ujian berkala terhadap atlet dan larangan bersorak di venue. – Oleh Siti Zafirah Kamal
- Advertisement -