Sejak memulakan kem latihan pusat skuad senior lelaki kebangsaan secara rasmi pada 5 Oktober lalu, Ketua Jurulatih, Arul Selvaraj berpuas hati dengan prestasi yang ditonjolkan oleh pemain pemain.

Meskipun sesi latihan diadakan secara kuarantin dan tertutup susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula dari 14 hingga 27 Oktober, Arul Selvaraj dan barisan kejurulatihan melihat situasi ini sebagai perkara positif.

“Mereka tingga di asrama dan bergerak secara berkumpulan sebagai sebuah keluarga dan itu yang saya mahu terapkan sejak hari pertama sesi latihan.

“Maklum balas daripada pemain pemain bagi sesi latihan di padang adalah positif,” – Arul Selvaraj

(ikuti komen penuh Arul Selvaraj – )

Arul tidak hanya meletakkan dirinya sebagai jurulatih semata mata, tetapi sedia memainkan peranan sebagai bapa, abang, pak cik mahupun rakan karib kepada pemain pemain.

Ini kerana pemain pemain hoki negara perlu berada di asrama di Majlis Sukan Negara (MSN) sepanjang tempoh PKPB sekaligus terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga buat sementara waktu.

Penggunaan peralatan teknologi sains sukan serta bantuan daripada pegawai Institut Sukan Negara (ISN) nyata membantu Arul dan barisan kejurulatihan untuk memantau kemajuan yang telah terhasil.

- Advertisement -