Penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Ahmad Hazwan Bakri mengakui saingan untuk memburu slot ke Piala AFF yang akan berlangsung bulan depan sengit khususnya bagi posisi penyerang.

Kali terakhir Hazwan yang pernah beraksi untukpasukan Selangor sebelum berhijrah ke JDT beraksi untuk skuad kebangsaan pada Mac lalu ketika menentang Mongolia yang berakhir dengan keputusan seri dua sama.

“Terima kasih kepada Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama pasukan kebangsaan.

“saya akan bagi sehabis baiklah untuk dapat masuk dalam senarai tahun ini, kata Hazwan.

Pemain berusia 27 tahun ini antara lapan muka baru yang dipanggil Tan Cheng Hoe bagi perlawanan persahabatan antarabangsa ‘A’ bertemu Maldives sebelum senarai lengkap 23 pemain yang akan meggalas tugas ke Piala AFF Suzuki 2018 bulan depan.

 

Hazwan bakal berdepan saingan enam pemain yang beraksi di posisi penyerang iaitu Syafiq Ahmad, Safawi Rasid, Shahrel Fikri Md Fauzi, Zaquan Adha Abdul Radzak , Nor Shahrul Idlan Talaha dan Mohamadou Sumareh.

“Bagi saya ini adalah pilihan yang terbaik daripada coach tan dan satu persaingan yang baik untuk semua pemain cuba menempatkan diri dalam skuad Piala Suzuki,”kata Hazwan lagi.

Beliau juga berpendapat, kesemua empat lawan Harimau Malaya sepanjang saingan peringkat kumpulan tidak boleh dipandang ringan kerana masing masing mempunyai kekuatan tersendiri.

“Bagi saya semua team kita patut beri perhatian kerana keadaan bukan seperti dulu lagi, zaman dah berubah dan cara permainan bolasepak dan berbeza,”katanya lagi.

Selepas perlawanan persahabatan menentang Maldives, Malaysia akan ke Phnom Penh bagi perlawanan pembukaan peringkat kumpulan menentang Kemboja pada 8 November. KU MOHD LUFTI 

- Advertisement -