MALAYSIA will strive to ensure that the 9th ASEAN Para Games Kuala Lumpur 2017, the third to be hosted in Kuala Lumpur, will be organised smoothly, prior and during Games time. 

Heads of Contingent from all 11 countries, who attended the Chef de Mission Seminar in Kuala Lumpur on Sunday (27 Feb 2017) were promised of a memorable experience at the Games, slated from Sept 17 to 23.

Chefs de Mission had a closer look and insight at Malaysia’s preparation for the Games, including visit to venues during the one-day seminar at a leading hotel in the capital city of Kuala Lumpur.

?Chief Executive Officer of the Malaysia Organising Committee (MASOC) Kuala Lumpur 2017, ? Dato Seri Zolkples Embong said the exact number of athletes and officials for the Games would only be known in July.

“For SEA Games, we have more or less ascertained the number of athletes and officials, but for Para Games, we would only know the exact number of events and athletes after the submission of entry by names in July,” said Dato Seri Zolkples.

?Also present at the seminar were ASEAN Para Sports Federation (APSF) President Maj Gen Osoth Bhavilai, MASOC Chief Operation Officer Shaiful Subhan and Paralympic Council of Malaysia (MPM) Deputy President ?John Ng.

?Delegates were briefed on various aspects of the Games including technical and sport, accessibility and information technology during the Games.

?The delegation also visited and inspected preparation and construction work at venues including the Games’ main clusters at the Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) and the Kuala Lumpur Sports City in Bukit Jalil.

The 9th ASEAN Para Games will have the biggest number of sports in the history of the Games with 16 sports and more than 380 events to be contested in Kuuala Lumpur. Some 2,500 athletes and officials are expected to participate in the biennial Games.

Sukan Para ASEAN 2017: Jumlah penyertaan dimuktamad Julai ini

MENJELANG bermulanya temasya Sukan Para ASEAN 2017, ketua kontinjen daripada 11 negara ASEAN meninjau secara lebih dekat persiapan Kuala Lumpur menjadi hos buat kali ketiga sempena berlangsungnya Seminar Ketua-ketua Kontinjen Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017.

??Malaysia, yang ebelum ini menjadi tuan rumah temasya pada 2001 dan 2009, ? menjanjikan penganjuran lancar dengan mengambil kira keperluan atlet, pegawai, penonton dan falsafah temasya sukan itu sendiri.

Ketua-ketua kontinjen diberi taklimat pada seminar sehari itu,  antara lain persiapan teknikal dan logistik Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) Kuala Lumpur 2017 bagi temasya yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 23 September itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat MASOC Dato’ Seri Zolkples Embong berkata, jumlah sebenar atlet dan pegawai yang akan turut serta pada Sukan Para ASEAN 2017 nanti dijangka hanya diketahui Julai ini.

“Bagi Sukan SEA, kita telah mengetahui jumlah dan atlet yang mendaftar untuk mengambil bahagian. Tetapi bagi Sukan Para ASEAN, hanya selepas kita menerima senarai nama atlet, kita akan kenalpasti acara-acara samada layak dipertandingkan atau sebaliknya…kita masih kekalkan syarat minimum penyertaan empat negara bagi setiap acara,” kata Dato’Seri Zolkples pada sidang media pada Isnin (27 Februari 2017).

Turut hadir pada seminar berkenaan termasuk ?Presiden Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) Mej Jen Osoth Bhavilai, ?Ketua Pegawai Operasi En Shaiful Subhan dan? Timbalan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia ?(MPM)?, En John Ng.

?Para peserta diberikan taklimat mengenai penganjuran ? ?keseluruhan oleh MASOC, aspek teknikal dan sukan selain akses serta penyediaan Teknologi Maklumat pada temasya itu nanti.

?Delegasi juga dibawa meninjau secara dekat persiapan venue di dua kluster utama di ?Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dan Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil.

MITEC  akan menjadi venue bagi tujuh jenis sukan manakala Bandar Sukan di Bukit Jalil yang meliputi Stadium Nasional, Axiata Arena, Stadium Hoki, dan Pusat Akuatik akan menjadi hos bagi lima jenis sukan termasuk upacara pembukaan dan penutup bagi Sukan Para ASEAN 2017 nanti. 

?Venue ?lain termasuk Velodrom Nasional di Nilai yang akan menjadi hos acara berbasikal trek manakala lebuhraya pula  ditetapkan  di Putrajaya.

Dataran Merdeka pula hos memanah manakala Tenpin Boling di Sunway Pyramid dan tenis kerusi roda akan dilangsungkan di Pusat Tenis Kebangsaan.

Sukan Para ASEAN ke-9 mempertandingkan jumlah sukan terbesar dalam sejarah penganjuran setakat ini dengan 16 jenis sukan dan lebih 380 acara serta disiplin. Manakala, jumlah penyertaan atlet dan pegawai dianggarkan sekitar 2,500 orang.

- Advertisement -