shapawi

Oleh Ku Mohd Lufti

18 kali penganjuran temasya sukan dwi tahunan, SUKMA, 2016 merupakan tahun paling bermakna dan dilabel sebagai cemerlang.

Kejayaan penganjuran bukan aspek utama yang menjadi persoalan tetapi pencapaian atlet yang berjaya melakar sejarah.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail menjelaskan, kejayaan enam rekod kebangsaan dan 88 rekod kejohanan yang berjaya diperbaharui di SUKMA Sarawak.
Pencapaian ini bagaimanapun masih belum mampu mengatasi SUKMA 2010 di Melaka dimana 15 rekod kebangsaan dan 88 rekod kejohanan berjaya diperbaharui.
“Menerusi rumusan yang dilakukan, prestasi atlet remaja di bawah 21 tahun masih baik pada SUKMA kali ini dan ia menunjukkan program persediaan mereka selama dua tahun selepas edisi 2014 di Perlis amat berjaya.

“Justeru itu, kita ingin ucapkan berbanyak tahniah dan terima kasih kepada Majlis Sukan Negeri, Sekolah Sukan dan sebagainya yang telah membantu kita menyediakan atlet terbaik,” kata Datuk Ahmad Shapawi.

Tambah Datuk Ahamd Shapawi lagi, kejayaan ini merupakan petanda positif buat kontinjen negara untuk menampilkan persembahan lebih cemerlang tahun depan ketika Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA ke 29 nanti.

Nada kekecewaan turut disuarakan Datuk Ahmad Shapawi susulan kegagalan atlet yang disenarai dalam Program Kita Juara.

Justeru, MSN berkemungkinan akan melakukan rombakan senarai atlet dalam masa terdekat.
“Berdasarkan rumusan yang kita lakukan, beberapa atlet sedia ada di bawah Program Kita Juara telah gagal mencapai sasaran ditetapkan dan prestasi mereka akan dinilai pada bengkel khas bersama Persatuan Sukan Kebangsaan yang dijangka diadakan samada bulan depan atau September ini.”Katanya lagi.
Untuk rekod, sejumlah 1,453 atlet daripada keseluruhan 4,422 atlet yang menyertai Sukma ke-18 merupakan atlet di bawah program MSN.

Daripada jumlah tersebut, seramai 200 atlet adalah daripada Program Kita Juara, 248 atlet daripada Program Pelapis Kebangsaan manakala 1,005 atlet adalah daripada Program Pelapis Negeri.
untuk edisi 2018.

- Advertisement -