
Apa yang mengejutkan pemain nombor satu dunia dari Denmark itu hanya memerlukan 34 minit untuk menewaskan Momota yang dilihat sukar menandingi ketangkasan Exelsen di perlawanan akhir di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini.
Daripada 17 pertemuan sejak 2014, ini hanyalah kemenangan ketiga Exelson ke atas Momota (14 kemenangan). Namun prestasi Exelsen sejak muncul Juara Olimpik Tokyo 2020 juga tidak boleh dipertikai dengan kini merangkul 32 kemenangan sepanjang kariernya dalam badminton dunia-dengan 3 kejuaraan berturut- turut sejak bulan lalu (Terbuka Indonesia, Indonesia Masters dan Terbuka Malaysia).
“Momota tetap lawan yang hebat dan saya pasti dia akan bangkit selepas ini,” kata Exelsen yang membawa pulang wang tunai US$47,250 sebagai juara Terbuka Malaysia.
Hadiah kepada juara dan naib juara perseorangan lelaki Terbuka Malaysia disampaikan oleh Datuk Wira Lee Chong Wei.

Terdahulu, dalam saingan beregu campuran, pasangan nombor dua dunia dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong muncul juara dengan menewaskan beregu dari Thailand Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai yang juga pasangan nombor satu dunia dengan keputusan straight set 21-13, 21-18.
Dalam saingan beregu wanita , pasangan Indonesia Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti sekali lagi menewaskan pasangan dari China Zhang Shu Xian- Zheng Yu dengan keputusan 21-18, 12-21, 21-19.
Pasangan Indonesia yang baru digandingkan itu sebelum ini turut menewaskan pasangan dari China itu ketika di kejohanan Terbuka Indonesia bulan lalu di final.

Hoki-Kobayashi muncul juara hasil kemenangan 24-22, 16-21, 21-9 dalam perlawanan yang berlanjutan lebih sejam.