Dua pelumba trek negara, Azizulhasni Awang Jaguh dunia, Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Shahrom, masing-masing gagal melayakan diri ke pusingan kedua acara keirin pada perlumbaan Trek Siri Pertama Piala Dunia di Velodrom BGZ Arena di Pruszkow, Poland.

Ā Pusingan pertama, Mohd Shah Firdaus Sahrom yang beraksi di saringan ke ke 3 menamatkan perlumbaan ditangga ke 4 dibelakang Juan Peralta Gascon (Sepanyol), Harrie Lavreysen (Belanda) dan pemenang, Yudai Nitta dari Jepun yang mencatat masa 10.266 saat.

Manakala Azizul Hasni yang beraksi di saringan ke 6 menduduki tempat terakhir manakala pelumba kelahiran Belanda, Matthijs Buchli mengungguli peringkat ini.

Firdaus yang beraksi dalam pusingan Repecharge gagal untuk menamatkan perlumbaan di tangga teratas selepas menduduki tempat ke 2 dibelakang Sebastien Vigier dari Perancis.

Manakala Azizul gagal menamatkan perlumbaan bersama sama pelumba Jepun, Kazunari Watanabe Ā dalam saringan ke 6.OLEH KU MOHD LUFTIĀ 

 

 

 

- Advertisement -