Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman memulakan saingan musim 2019 dengan cemerlang apabila menjuarai perlumbaan pertama kategori Asia Superbike 1000cc Kejuaraan Motosikal Asia Idemitsu yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Azlan yang membawa cabaran ONEXOX TKKR SAG Racing Team menamatkan 11 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 23ā€™21.172s mengatasi Thitipong Warokorn (KAWASAKI Thailand Racing Team) di kedudukan kedua dengan masa 23ā€™23.137s.

Azlan yang bermula dari petak kedua bijak mengatur strategi apabila menunggu sehingga ke pusingan kesembilan untuk memintas Thitipong dan seterusnya memimpin perlumbaan sehingga ke garisan penamat.

ā€œPerlumbaan agak sukar kerana cuaca yang sangat panas dan saya perlu bijak untuk mengawal penggunaan tayar, namun pada masa sama cuaca panas juga memberi kelebihan kepada saya,ā€ jelas juara SuperSports 60cc Asia 2013 dan 2017 itu.

Tambahnya, ā€œSaya berterima kasih kepada seluruh pasukan dan penaja yang bekerja keras sepanjang minggu ini sehingga kami berjaya menaiki podium. Saya berharap dapat mengekalkan momentum ini pada perlumbaan kedua esok.ā€

Sementara itu, Broc Parkes (YAMAHA Racing Team ASEAN) yang tampil cemerlang sepanjang minggu ini terpaksa akur di tempat ketiga setelah sekadar bermula dari petak keenam setelah terjatuh ketika sesi kelayakan. Broc menamatkan perlumbaan dengan masa keseluruhan 23ā€™28.753s.

Dalam saingan SuperSports 600cc, barisan pelumba muda negara mempamer aksi cemerlang apabila Kasma Daniel Kasmayuddin dan Muhamad Adam Mohd Norrodin menamatkan saingan di atas podium.

Kasma (Hong Leong YAMAHA Malaysia) muncul naib juara dengan masa keseluruhan 21ā€™54.494s setelah bersaing sengit bersama pemenang perlumbaan, Peerapong Boonlert (YAMAHA Thailand Racing Team) di sepanjang 10 pusingan perlumbaan. Peerapong menamatkan saingan dengan masa keseluruhan 21ā€™53.239s.

Adam yang juga bekas pelumba Moto3 negara menamatkan saingan di tempat ketiga dengan masa 21ā€™58.189s mengatasi tiga lagi pelumba negara, Azroy Hakeem Anuar, Md Helmi Azman dan Md Ramdan Rosli.

Perlumbaan Underbone 150cc turut menyaksikan kelibat pelumba negara apabila Md Affendi Rosli muncul naib juara perlumbaan dengan masa 15ā€™28.870s manakala M Akid Aziz ketiga dengan masa 15ā€™28.886s. Perlumbaan dimenangi pelumba UMA Racing YAMAHA Philippine Team, McKinley Kyle Paz dengan masa 15ā€™28.658s.

 

KEPUTUSAN PERLUMBAAN 1 ARRC

ASIA SUPERBIKE 1000CC

1 Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) ONEXOX TKKR SAG Racing Team 23:21.172s

2 Thitipong Warokorn (THA) KAWASAKI Thailand Racing Team 23:23.137s

3 Broc Parkes (AUS) YAMAHA Racing Team ASEAN 23:28.753s

4 Ahmad Yudhistira (INA) VICTOR RACING TEAM YAMAHA 23:36.887s

5 Apiwath Wongthananon (THA) YAMAHA Thailand Racing Team 23:37.257s

SUPERSPORTS 600CC

1 Peerapong Boonlert (THA) YAMAHA Thailand Racing Team 21:53.239s

2 Kasma Daniel Kasmayudin (MAS) Hong Leong YAMAHA Malaysia 21:54.494s

3 Muhamad Adam Mohd. Norrodin (MAS) SIC Junior ZK Racing 21:58.189s

4 Azroy Hakeem Anuar (MAS) Musashi Boon Siew HONDA Racing Team 22:00.461s

5 Md. Helmi Azman (MAS) Musashi Boon Siew HONDA Racing Team 22:00.548s

ASIA PRODUCTION 250CC

1 Lucky Hendriansya (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:34.655s

2 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT KAWASAKI Racing 19:34.839s

3 Irfan Ardiansyah (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:38.376s

4 Awhin Sanjaya (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:38.926s

5 Muhammad Faerozi Toreqottullah (INA) YAMAHA Racing Indonesia 19:50.614s

ASIA PRODUCTION 250CC

1 Lucky Hendriansya (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:34.655s

2 Andy Muhammad Fadly (INA) Manual Tech KYT KAWASAKI Racing KAWASAKI 19:34.839s

3 Irfan Ardiansyah (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:38.376s

4 Awhin Sanjaya (INA) ASTRA HONDA Racing Team 19:38.926s

5 Muhammad Faerozi Toreqottullah (INA) YAMAHA Racing Indonesia 19:50.614s

UNDERBONE 150CC

1 McKinley Kyle Paz (PHI) UMA Racing YAMAHA Philippine Team 15:28.658s

2 Md Affendi Rosli (MAS) Team One For All YAMAHA 15:28.870s

3 Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing YAMAHA Maju Motor Asia Team 15:28.886s

4 Peerapong Luiboonpeng (THA) Team One For All 15:28.930s

5 Fernando Masato (PHI) UMA Racing YAMAHA Philippine Team 15:28.931s

- Advertisement -