Mohd Azam Omar is looking to repeat his Teluk Intan victory next weekend

Mohd Azam Omar is looking to move up the WIRA overall standings from seventh into the top five as the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship heads to Teluk Intan, Perak for Round Seven this 27 and 28 September.

The PETRONAS Yamaha rider who has 48 points to his belt feels he is in a good position to challenge for victory next weekend as he has fond memories winning the Yamaha one-make race on the same track last year.

So far Azam’s best result was in Temerloh when he finished second behind a dominant Khairul Idham Pawi (Kozi Yam Honda Racing).

“Teluk Intan is one of my favourite tracks and I had a great win there last season. Hopefully we can produce similar results next week, pick up maximum points and muscle our way into the top five which has always been the team’s target,” said Azam.

“But to reach that objective we must be a little stronger and prepare for the race the best we can. Teluk Intan is a track where you need good acceleration and hard braking, so this will be our priority to start working on with the bike setting,” he added.

Azam further explained he is more focused than before now that the pressure of fighting for the championship has been lifted off his shoulders with Khairul leading the table with 141 points.

Mohd Afiki Supaat (Jeptron Apido Team PJM) holds second overall with 83 points followed by Khairul Ikhwan Ajis (Team Mos Track Pro Yamaha Racing) with 71 points.

“Khairul has a 93-point advantage over me and while it is still mathematically possible to fight for the title, chances are very slim because he has more experience and strong team support. So the rest of the season is pressure free for me. I will use this to my advantage and try to find my true potential in the remaining rounds and return as a favorite for next year’s title.”

 

AZAM SEDIA ULANG KEJAYAAN DI TELUK INTAN

Mohd Azam Omar mahu memperbaiki kedudukan di tangga ketujuh keseluruhan kategori Wira ketika ini dengan pencapaian meraih gelaran juara pada perlumbaan pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2014 yang akan berlangsung di Teluk Intan, Perak pada 27 dan 28 September ini.

Keyakinan itu timbul berdasarkan rekod baik pelumba PETRONAS Yamaha itu di Teluk Intan apabila berjaya memenangi perlumbaan Super Siri Yamaha 135 PETRONAS pada musim lepas.

Selepas enam pusingan, Azam kini sekadar mengumpul 48 mata dengan pencapaian terbaik muncul naib juara di Temerloh, Jun lepas dan jika dia berjaya memenangi perlumbaan di Teluk Intan, dia mampu merealisasikan sasaran berada di kelompok lima pelumba teratas.

“Teluk Intan merupakan salah satu litar kegemaran saya kerana saya berjaya memenangi perlumbaan di sini pada musim lepas. Mudah-mudahan saya mampu mengulangi pencapaian tersebut pada perlumbaan minggu depan dan dapat mengutip mata maksimum untuk memperbaiki kedudukan keseluruhan saya ketika ini,” kata Azam.

Tambahnya, “Sasaran pasukan kami adalah untuk saya berada di kelompok lima pelumba teratas, jadi untuk mencapai objektif tersebut, saya perlu tampil dengan aksi terbaik pada setiap perlumbaan. Litar Teluk Intan agak mencabar kerana mempunyai selekoh yang tajam dan pada masa sama perlu memecut dengan cepat selepas itu, jadi saya perlu melepasi halangan tersebut dengan baik dan turut mengharapkan jentera terbaik dari pasukan.”

Tambah Azam, ketika ini dia hanya memberi tumpuan bagi memenangi perlumbaan berbanding perebutan gelaran keseluruhan memandangkan jauh ketinggalan kepada pendahulu, Khairul Idham Pawi (Kozi Yam Honda Racing) yang telah mengumpul 141 mata sambil diekori Mohd Afiki Supaat (Jetron Apido Team PJM) di tangga kedua dengan 83 mata. Khairul Ikhwan Ajis (Team Mos Track Pro Yamaha Racing) ketiga dengan 71 mata.

“Saya ketinggalan 93 mata kepada Khairul dan secara matematik, saya masih ada peluang namun secara realiti, peluangnya seakan mustahil memandangkan Khairul sangat berpengalaman dan pasukannya juga telah menyediakan jentera yang cukup mantap. Jadi, saya tidak perlu lagi membebankan diri saya dengan perebutan gelaran keseluruhan, apa yang penting saya perlu menimba pengalaman sebanyak mungkin dan memberi aksi terbaik pada baki setiap perlumbaan selepas ini sebagai persediaan mengharungi saingan musim depan,” jelas Azam.

- Advertisement -