Pengalaman menimba ilmu serta bermain dalam satu pasukan bersama bekas bintang Senegal dan kelab Liverpool, El-Hadji Diouf, kekal menjadi detik paling istimewa dalam karier pemain tengah Sabah, Azzizan Nordin.

Memasuki musim kedua bersama Sabah pada waktu berkenaan, Azzizan tidak menyangka dia berpeluang belajar banyak perkara di atas padang bersama Diouf yang serba sedikit memantapkan permainannya selaku antara bintang Sabah paling menyinar pada waktu kini.

Biarpun karier Diouf sudah menuju pengakhiran ketika semasa sertai Sabah, dia masih antara bintang import terbaik pernah disaksikan Azzizan sepanjang bermain skuad Tambadau yang hampir membantu mereka layak ke Liga Super pada musim 2015 namun dikecewakan keputusan yang kurang baik pada beberapa perlawanan terakhir liga.

ā€œ Semasa pengurusan mula-mula mahu membawa masuk Diouf, saya dan rakan-rakan ingatkan ia hanya main-main sahaja dan apabila pada satu hari dia turun latihan, kami semua terkejut seperti tidak percaya.

ā€œ Diouf cukup menakjubkan dalam semua segi, teknik terima dan hantaran bolanya, cara dia menyimpan bola sememangnya lain daripada lain serta memang berkelas dunia kerana kita tahu dia pernah beraksi di pentas Piala Dunia serta Liga Juara-juara.

ā€œ Saya sendiri diajar oleh Diouf kalau bermain di bahagian tengah, pastikan saya kaji dahulu kedudukan posisi serta rakan-rakan sebelum mahu menerima bola dan bukannya selepas dapat bola, baharu melihat apa pilihan yang ada dan tips ini saya ingat sampai sekarang.

ā€œ Bukan sekadar saya, pemain-pemain muda Sabah waktu itu turut diajar sepenuhnya oleh Diouf yang sama sekali tidak lokek ilmu berkongsi dengan kami semua, ā€ katanya.

Diouf menjadi salah seorang pemain Best XI Azzizan di bahagian penyerang dengan Ali Ashfaq menjadi gandingan dengan Diouf dalam formasi 4-4-2.

Farizal Marlias terus jadi pilihan sebagai penjaga gol sementara di posisi pertahanan, Fandi Othman, Syahmi Safari, Shahrul Saad dan Shukor Adan menjadi pilihan Azzizan.

Di posisi tengah, kelibat pemain veteran, Indra Putra Mahayuddin diikuti Baddrol Bakhtiar serta Shakir Shaari dan pemain import Sabah yang juga pemain kebangsaan Namibia, Petrus Shitembi melengkapkan pilihan Azzizan.

Selain itu, Azzizan turut berkongsi pengalaman pernah berlatih bersama Shukor Adan yang pernah dipanggil membantu skuad Harimau Muda pada saingan Piala Java 2012 bersama-sama beberapa pemain senior lain seperti Amri Yahyah, Shahrulnizam Mustapa dan Christie Jayaseelan.

Tambahnya, Shukor sememangnya berbeza dengan pemain senior yang dikenali kerana karakternya tidak ubah seperti seorang pemimpin yang mampu mengawal setiap pemain tanpa banyak bicara.

ā€œ Saya memang hormat kepada Shukor sehingga sekarang, dia satu-satunya pemain kalau marah atau berikan arahan, semua pemain akan ikut tanpa banyak soal.

ā€œ Ini satu kualiti yang saya rasa memang jarang ada kepada pemain lain dan Shukor seseorang yang cukup berpengaruh, perkara ini juga sedikit sebanyak membantu semangat berpasukan antara kami semua, ā€ katanya.

- Advertisement -