Gandingan bergu lelaki negara, Aaron Chia – Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani – Goh Sze Fei menempa tiket final lebih awal selepas kedua duanya mengesahkann slot ke peringkat separuh akhir.

Pasangan Aaron Chia – Soh Wooi Yik yang turun selaku pilihan keempat mengesahkan slot ke separuh akhir selepas menundukkan pilihan ketujuh dari China, Liu Yu Chen – Ou Xuan Yi straight set 21-14, 21-15 manakala Sze Fei – Izzuddin terus menunjukkan aksi yang positif apabila menang ke atas Lee Yang – Wang Chi Lin dari Taiwan dalam aksi tiga set 19-21 21-19 21-19.

Kedua dua bergu negara ini akann berentap di pentas separuh akhir esok untuk mengisi slot final dan akan berdepan samada pilihan ketiga dari China, liang Wei Keng – Wang Chang atau Lee Jhe Huei – Yang Po Hsuan dari Taiwan.

Sementara itu, nasib berbeza buat perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang juga juara All England 2021 apabila ditunjukkan jalan keluar oleh juara All England 2024, Jonathan Christie dari Indonesia.

Prestasi Jonathan dan kawalan gelanggang nyata sukar ditentang Zii Jia yang terpaksa akur untuk bertahan hanya 34 minit sebelum tewas 11-21, 6-21.

- Advertisement -