Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjelaskan peruntukkan sebanyak RM 1b yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pembentangan Bajet 2018 semalam bukan hanya untuk bolasepak semata mata.

Selain pembangunan bolasepak, turut diumumkan peruntukkan bagi program seperti FitMalaysia, dan Hari Sukan Negara.

Perincian penuh tentang pecahan peruntukkan tersebut masih belum diperolehi dan Khairy akan bertemu dengan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan maklumat lengkap.

“Saya nak jelaskan disini bahawa jumlah yang disebut itu bukan hanya digunakan untuk program program semalam .

“Program pembangunan sukan, ada yang kata semalam hanya disebut bolasepak tetapi program pembangunan sukan itu akan diguna untuk pelbagai sukan. Saya akan tentukan sukan mana yang menerima peruntukkan tersebut,”kata Khairy.

Pertemuan akan diadakan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) serta persatuan persatuan sukan untuk membincangkan tentang jumlah peruntukkan yang perlu diberikan.

Khairy juga melihat peruntukkan RM 1.134 b untuk sektor sukan,dimana RM 1b meliputi program program FitMalaysia, Hari Sukan Negara dan program pembangunan.

Sejumlah RM 20 juta pula untuk menambah baik kemudahannya sebagai sekolah sukan premier manakala RM 112 juta bagi pembinaa 14 kompleks sukan di seluruh negara.

“Kita telah membina satu momentum yang baik, Olimpik yang terbaik dalam sejarah, Sukan SEA yang terbaik dalam sejarah. Jadi PM kata dia bagi peruntukkan besar ini sebab dia nak lihat momentum itu dpt kita kekalkan.

“Jangan hanya hebat pada Sukan SEA apabila kita jadi tuan rumah sahaja tetapi untuk tahun tahun akan datang,  Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan SEA akan datang.

“Pesanan PM kepada saya adalah pembangunan penting , kita kene mencari bakat bakat pelapis yang boleh diketengahkan untuk tahun tahun akan datang ,”kata Khairy lagi.OLEH KU MOHD LUFTI 

 

- Advertisement -