N.A Rosli

Oleh Ku Mohd Lufti

Pelumba basikal yang pernah beraksi di Sukan Olimpik 1964, Tokyo N.A Rosli meinggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kuchai Lama awal pagi tadi.

Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al Ansar, AU2 sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2 selepas Zuhur.

Punca kemalangan masih lagi dalam siasatan polis dan menurut laporan media tempatan, anak allahyarham, Nor Affendy Rosli tidak menolak ia mungkin kes langgar lari.

N.A Rosli atau nama sebenarnya Rosli Abdul Kadir, 76 tahun, antara 9 atlet negara bagi acara berbasikal yang menyertai Sukan Olimpik 1964 bersama sama Andrew Michael, Choy Mow Thin, Supaat Hamid dan Ng Joo Pong.

1964 merupakan penampilan sulung Malaysia di Sukan Olimpik selepas pembentukkan Malaysia, yang melibatkan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dan Singapura dengan penglibatan seramai 66 orang atlet mewakili negara ketika itu.

- Advertisement -