Tan Kian Meng-Lai Pei Jing

Oleh Ku Mohd Lufti

Perjuangan bergu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing di Terbuka Taiwan berakhir dengan status naib juara.

Mereka gagal menyaingi gandingan China yang diletak selaku pilihan kelima kejohanan, Zheng Siwei, Chen Qingchen apabila tewas straight set 21-13, 21-16.

Untuk rekod, ini adalah pertemuan sulung antara Kian Meng, Pei Jing yang berada di ranking ke 44 dunia dengan Siwei, Qingchen yang berada di ranking ke 38 dunia.

Lima wakil negara melangkah ke peringkat suku akhir namun hanya Tan Kian Meng, Lai Pei Jing sahaja yang meneruskan saingan sehingga ke final.

- Advertisement -