goh.v.shem.lim.khim.wah.5

Ketika peminat badminton tanah air masih terkejut dengan kekalahan pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong di kejohanan badminton Seluruh England, bergu lelaki negara terus berjuang untuk memburu slot ke final.

Sandaran yang diletakkan kepada Koo Kien Keat, Tan Boon Heong masih utuh di Birmingham apabila mengesahkan slot ke suku akhir.

Gandingan Koo dan Tan nyata sukar untuk diatasi pilihan kedua kejohanan dari Indonesia, Hendra Setiawan dan mohd Ahsan dalam pertarungan tiga set.

Kean Keat, Boon Heong cemerlang di set pertama apabila melakar kemenangan 21-15, namun pasangan Indonesia  bangkit dengan aksi yang lebih kemas di set kedua untuk menang 21-15.

Koo Kean Keat dan Tan Boon Heong seakan akan sudah menghidu kemenangan apabila berjaya menjarakkan mata dengan Setiawan dan Ahsan di set penentuan.

Meskipun pilihan kedua itu cuba bangkit untuk memberikan tentangan, namun Kean Keat dan Boon Heong bijak mengawal gelanggang untuk meraih mata sekaligus menutup set penentuan dengan kemenangan 21-17.

Sementara itu, satu lagi bergu lelaki negara, Goh V Shem, Tan Wee Kiong turut melakar kejutan apabila menundukkan pilihan kelima dari China, Chai Biao, Hong Wei juga dengan pertarungan tiga set sekaligus membalas dendam selepas ditewaskan di terbuka Jerman awal bulan Mac.

V Shem dan Wee Kiong bagaimanapun tewas 15-21 di set pertama, namun,bangkit dengan permainan yang lebih kemas untuk meraih kemenangan di set kedua 24-22.

Pertemuan kelima kedua dua bergu ini nyata mendebarkan ketika saingan di set penentuan untuk memburu slot suku akhir.

Seakan akan keletihan, bergu China tampak lebih banyak melakukan kesilapan sekaligus member ruang kepada bergu negara yang berada di ranking ke 16 dunia untuk mendahului 15-11 pada satu ketika.

Namun, Chai Biao dan Hong Wei kembali memperkemaskan permainan untuk mengejar mata dan kehangatan sekali lagi tercipta apabila kedua dua bergu sekali lagi terikat 20 sama.

Tuah kali ini memihak bergu negara apabila menamatkan pertarungan lebih sejam dengan kemenangan 23-21.

Sedikit kecewa buat peminat badminton negara apabila kedua dua bergu negara ini akan bertarung di peringkat suku akhir untuk mengesahkan slot ke separuh akhir.

- Advertisement -