Aksi pemain pemain negara di saingan badminton Terbuka Austria terus menghadirkan cerita menarik apabila bergu negara melakar kejutan dengan menewaskan bergu pilihan kejohanan.

Pusingan kedua yang berlangsung disebelah pagi menyaksikan dua bergu wanita; Low Yeen Yuan-Valeree Siow dan Anna Cheong-Yap Cheng Wen paling mencuri tumpuan.

Yeen Yuan-Valeree melakar kejutan ke atas pilihan ketiga dari Republik Czech, Alžběta BĆ”Å”ovĆ”-Michaela Fuchsova dengan kemenangan straight set 21-14 21-15.

Mereka yang juga juara kejohanan badminton Antarabangsa Slovenia akan berdepan pasangan dari Sepanyol, Clara Azurmendi-Beatriz Corrales diperingkat suku akhir yang akan berlangsung lewat pagi ini

Sementara Anna Cheong-Cheng Wen mengejutkan pilihan kedua tuan rumah,Ā Serena Au Yeong-Katharina Hochmeir juga dengan kemenangan straight set 21-11 21-9 dan akan berdepan pasangan dari Poland,Ā Dominika Kwasnik-Kornelia Marczak diperingkat suku akhir.

Gandingan beregu campuran Beh Chun Meng-Cheng Su Hui turut cemerlang apabila menundukkan pilihan keenam dari Poland, Pawel Smilowski-Wiktoria Adamek dalam pertarungan tiga set 21-15, 15-21, 21-19.

Rentak cemerlang dua pemain cukup konsisten apabila menang ke atas pasangan Denmark,Ā Mads Vestergaard-Natasja P. Anthonisen straight set 22-18, 22-20.

Chung Meng-Su Hui akan berdepan pemain senior mereka, Choong Hon Jian-Toh Ee Wei diperingkat separuh akhir.

Ia sekaligus bakal menyaksikan Malaysia sah menempah satu slot final.

Hon Jian-Ee Wei yang juga juara Kejohanan Antarabangsa Slovenia 2021Ā menewaskan satu lagi pasangan negara Muhammad Haikal-Low Yeen Yuan 21-17, 21-19 pada pusingan kedua sebelum mengesahkan slot separuh akhir selepas menundukkan gandingan dari SlovakiaĀ Miha Ivanič-Nika Arih straight set 21-7, 21-12

Turut mempamer aksi cemerlang, dua wakil beregu lelaki negara Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri dan Chang Yee Jun-Chia Wei Jie yang mara ke peringkat suku akhir

Wan Arif-Muhammad Haikal menundukkan pilihan ketiga dari Perancis Fabien Delrue-William Villeger 21-19, 21-16 manakala Yee Jun-Chia Wei menewaskan Andreas Sondergaard-Jesper Toft dari Denmark dalam aksi tiga set 20-22, 21-12, 21-18.

Dalam pada itu, cabaran wakil tunggal perseorangan lelaki negara Justin Hoh terhenti di pusingan kedua selepas tewas 21-17, 23-25, 15-21 kepada pemain Indonesia Panji Ahmad Maulana.

- Advertisement -