frank.bernhardt

Oleh Ku Mohd Lufti

Jurulatih skuad bawah 22 tahun negara, Frank Bernhardt hanya berpuas hati selama 20 minit sahaja dimana pemain pemainnya berjaya melakar jaringan awal.

Pengendali kelahiran Jerman itu mula resah selepas itu apabila anak didiknya mula melakukan kesilapan mudah selain lebih banyak bertahan di kubu sendiri.

ā€œApa yang saya tidak suka, terlalu banyak pemain berada di bahagian tengah, dan enam pemain di bahagian pertahanan, ia tidak seperti yang saya harapkan hingga kekurangan pemain dibahagian serangan untuk mencipta gol,” kata Bernhardt.

Ini adalah kemenangan kedua Bernhardt selepas kali pertama melakukannya ketika skuad bawah 22 tahun negara menang ke atas skuad bawah 22 tahun Filipina penghujung Mac lalu.

Pengendali Singapura Richard Francis Emile Tardy turut meluahkan kekecewaan terhadap pemainnya yang melepaskan gol dengan mudah.

Segalanya musnah buat Singapura selepas Muhd Syafiq menjaringkan gol kedua untuk Malaysia dibabak kedua perlawanan.

Penjaga gol, Amierul Hakimi Awang nyata mengecewakan Richard kerana gagal mengawal gawang dengan baik, namun pengendali kelahiran Perancis itu enggang menunding jari kea rah pemain itu.

ā€œKami tidak boleh menyalah sepenuhnya kerana dia masih muda. Perlawanan terakhir juga dia ada melakukan kesilapan tetapi saya mahu meletakkan keyakinan dalam diri dia. Di usia ini, saya tidak boleh menghukum andai melakukan kesilapan,” kata Richard.

Richard dijangka mengubah pasukannya menjelang pertemuan dengan Vietnam untuk penentuan tempat ke tiga dan keempat pada ahad.

- Advertisement -