foto – Kedah FA

 

Pasukan Kedah membawa masuk kapten skuad kebangsaan Kyrgyzstan, Edgar Bernhardt sebagai pemain Lang Merah untuk mengharungi baki musim 2019.

Bernhardt akan menggantikan pemain kelahiran Iraq, Anmar Al Mubaraki yang mengalami kecederaan serius di bahagian lutut (ACL).

Anmar terpaksa berehat panjang sekaligus memaksa pengurusan Persatuan Bolasepak kedah, (KFA) untuk melepaskannya dan membawa masuk Bernhardt.

Pemain berusia 33 tahun kelahiran Novopavlovka ini akan mengemudi posisi tengah, mendapat kepercayaan Ketua Jurulatih Lang Merah, Aidil Sharin Ishak selepas melakukan penelitian terhadap senarai pendek pemain yang dicadangkan.

Naib Presiden KFA, Anas Hafiz Mustafa berkata, Bernhardt dilihat berjaya memikat Aidil bagi memantapkan jentera tengah pasukan.

“kita banyak buat selection melalui ketua jurulatih kita, beliau memberikan banyak pilihan kepada pengurusan pasukan dan melalui tapisan2 yang beliau buat beliau mahukan midfielder yang lebih kuat, strong fizikalnya dan lebih kreatif..itu kriteria utama yang coach aidil cari untuk mengisi kekosongan yang bakal ditingalkan oleh anmar, itu dia punya kriteria,”kata Anas.

Untuk rekod, Edgar Bernhardt pernah beraksi bersama pasukan GSK Tychy FC, di Poland dan menggalas tugas selaku Ketua Pasukan skuad Kebangsaan Kyrgyzstan ketika beraksi pada Kejohanan Piala Asia 2019.

- Advertisement -