Lebih 100 hari selepas pengurusan badan induk bolasepak Malaysia (FAM) diambil alih kepimpinan yang baru, masih ada segelintir pihak yang masih belum mampu berfikir secara professional.

Kritikan yang dilemparkan pengendali Pahang, Dollah Salleh terhadap mutu pengadilan dikembalikan semula dengan nada kecewa oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi.

Beliau menyifatkan kenyataan Dollah Salleh sebagai tidak patut wujud kerana akan menimbulkan persepsi negative terhadap pengadil tempatan.

ā€œJadi saya fikir persepsi negatif ini perlu dihapuskan dan kita tidak mahu mutu pengadilan akan meyebabkan ada unsur unsur lain yang akan menyebabkan hilang kepercayaan terutamanya kepada penyokong penyokong apabila mereka berasa tertipu bila datang ke stadium apabila satu2 perlawanan tu seolah olah sudah diatur.

ā€œJadi saya harap kalau boleh Dollah dalam masa yang sama kita tidak setuju dengan mutu pengadilan ataupun tidak puas hati dengan mutu pengadilan, dalam masa yang sama tidaklah kita mengeluarkan kenyataan kenyataan yang berbaur hasutan ataupun negatif yang akan menimbulkan prasangka orang ramai terhadap pengadil pengadil Ā kita,ā€kata Yusoff.

Isu melibatkan mutu pengadilan yang lemah bukan perkara yang baru berlaku didalam kancah Liga Malaysia.

FAM sudahpun mempunyai jawatankuasa pengadil yang diketuai Sukhiddin Mohd Salleh dan sewajarnya pandangan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Dollah Salleh diserahkan kepada yang lebih sesuai untuk siasatan awal.

Ramai yang mengatakan gunakan saluran yang betul, namun hakikatnya, adakah ia dipraktikkan sepenuhnya?

Dollah secara terang menyatakan kekecewaan terhadap mutu pengadilan ketika pasukannya tewas kepada Felda United Sabtu lalu.

Sedikit persoalan yang timbul, apa sebenarnya perancangan yang telah dibuat oleh semua jawatankuasa yang telah dibentuk dalam mengembalikan atau membawa perubahan baru dalam FAM?

Mungkin tidak salah jika kesemua jawatankuasa membentangkan kepada semua pihak samada menggunakan laman sosial ataupun saluran media untuk memberi gambaran dengan jelas kepada semua pihak termasuk peminat bolasepak negara.- OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -