kj4

Oleh Ku Mohd Lufti

Menteri  Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melihat Velodrom Nasional di Nilai, Negeri Sembilan lebih sesuai untuk dijadikan venue bagi perlumbaan trek Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) pada 2018.

Namun, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) meluluskan permintaan Persatuan Berbasikal Perak (PCA) yang mahu menjadikan Velodrom Rakyat di Ipoh, Perak sebagai venue bagi ACC 2018.

Khairy akan mengadakan pertemuan dengan wakil PKBM untuk mendapatkan jawapan lanjut kerana berpendapat Velodrom di Nilai dilihat lebih sesuai.

“Biar saya bincang dengan pihak PKBM, mungkin ada sebab sebab tertentu mereka nk bawak ke Ipoh, saya pun tidak pasti lagi.

“Walau apa pun , pada tahun 2018, kita akan ada dua velodrom, satu di Ipoh, dan satu lagi di Nilai, dua dua boleh digunakan. Di nilai lebih sesuai sebab segala kemudahan ada disitu, nanti saya bincang dengan pihak PKBM,” kata Khairy.

Semalam, menerusi kenyataan media, PKBM mengesahkan Malaysia menjadi tuan rumah bagi acara trek, ACC 2018.

Pemilihan dibuat secara sebulat suara selepas dua lagi Negara yang turut membida, Korea Selatan, dan Thailand menarik diri daripada membida untuk menjadi tuan rumah.

- Advertisement -