khairul.hafiz.jantan

Oleh Ku Mohd Lufti

Kejayaan pelari pecut Melaka, Khairul Hafiz Jantan yang memecahkan rekod kebangsaan dalam acara pecut 100 meter mendapat perhatian Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron.

Atlet melaka itu berjaya memecahkan rekod kebangsaan berusia 18 tahun milik Watson Nyambek dengan catatan masa 10.18 saat seterusnya memenangi pingat Emas di dalam Sukan SUKMA Sarawak ke-18 tersebut. 

Datuk Seri Idris Haron mengucapkan tahniah dan syabas diatas kejayaan yang dicapai oleh atlet tersebut bersama rakan sepasukannya, Badrul Hisyam Abdul manap yang membawa pulang pingat gangsa dalam acara yang sama.

Beliau berkata, pihak kerajaan negeri juga akan memikirnya satu bentuk ganjaran bagi diberikan kepada khairul hafiz jantan bersama rakannya yang lain diatas kejayaan mereka yang mengharumkan nama melaka.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada saudara khairul dan saudara badrul dan beberapa orang rakannya terutamanya saudara khairul yang telah memecahkan kebuntuan atlet negara. Harini sahih tidak boleh dipertikaikan kalau orang putih panggil undispituble saudara khairul ‘the fastest man in malaysia’ dengan 10.16 saat pemegang rekod baru 100 meter pecut dan tahniah dan syabas kepada saudara khairul.”Kata Datuk Seri Idris Haron

Beliau berkata demikian di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri DUN Sungai Udang di Kompleks penjara Sungai Udang.

- Advertisement -