Buat julung kalinya perlawanan antarabangsa melibatkan kelab melibatkan Indonesia, Thailand dan Malaysia bakal diadakan pada bulan depan.

Lebih menarik, Stadium Nasional Bukit Jalil akan menjadi venue bagi Boost Sportfix Piala Super selepas dibuka untuk menjadi hos bagi temasya Sukan SEA ke 29 dan Para ASEAN ke 9 pada Ogos dan September lalu.

Piala Super bakal menyaksikan persaingan secara round robin melibatkan Persija Jakarta dari Indonesia, Ratchaburi FC  dari Thailand manakala Malaysia selaku tuan rumah bakal diwakili pasukan Kelantan.

Perlawanan ini bakal menjadi aksi antarabangsa pertama di padang Stadium Nasional Bukit Jalil selepas ditutup untuk kerja menaik taraf sejak Oktober 2015.

Buat The Red Warriors, ianya menjadi satu penghormatan buat pasukannya apabila dipilih untuk beraksi di padang Stadium Nasional Bukit Jalil kelak.

“KAFA telah melakukan persiapan rapi dibawah pengurusan baru dan beberapa pemain lama yang masih kekal bersama TRW.

“Sudah temtu kami berbangga dan berterima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput kami untuk beraksi di sini dan ini adalah perlawanan persahabatan antarabangsa pertama selepas Sukan SEA.

“Sudah tentu kami akan menurunkan pemain pemain yang terbaik untuk mengharungi kejohanan ini,” Kamaruddin Mohamed, Penolong Setiausaha Agung KAFA

Wakil kelab dari Indonesia, pula menyifatkan perlawanan seperti ini memberi mereka satu pengalaman bonus dalam melakukan persiapan untuk mengharungi liga domestik serta kelayakan ke saingan Liga Juara Asia (ACL).

“Sudah tentu ia satu penghormatan untuk bermain di stadium yang megah, sudah tentu dijemput dan beraksi di Piala Super ini memberikan kami sedikit kelebihan untuk mempersiapkan diri bagi mengharungi ACL (Liga Juara Asia) dan kami juga akan berdepan pasukan dari Malaysia (Johor Darul Takzim atau Selangor).

“Kami belum tahu siapa lawan kami kelak tetapi kami perlu bersedia untuk berdepan dengan sesiapa sahaja,”-  Gunawan Dwi Cahyo – pemain pertahanan Persija Jakarta.

Dari perspektif penganjur, Marcus Luer, pasukan pasukan yag dipilih termasuk Kelantan kerana kekuatan penyokong yang sentiasa bersama pasukan mereka.

Beliau juga mengharapkan semangat itu dibawa ke Stadium Nasional Bukit Jalil ketika pasukan masing masing beraksi kelak.

“Kami menyediakan tiket serendah RM 10, RM 15 dan RM 120 kepada peminat peminat untuk menyaksikan perlawanan sekaligus memberi sokongan kepada pasukan masing masing.

“Untuk mempromosikan kejohanan ini, pelbagai aktiviti telah dirancang melibatkan ketiga tiga negara ini untuk menarik minat orang ramai datang ke Bukit Jalil.

Aksi pertama Piala Super melibatkan Ratchaburi FC menentang Persija Jakarta pada 13 Januari diikuti Kelantan FA menentang Persija Jakarta pada 16 Januari manakala Kelantan FA akan melengkapkan jadual round robin Piala Super menentang Ratchaburi FC pada 20 Januari.

- Advertisement -