Setiausaha Agung Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Thomas Lund nyata kecewa dengan kenyataan segelintir pemain dan ahli gabungan yang melabel badan induk badminton dunia itu dalam menangani krisis pandemik Covid-19.

Menerusi kenyataan peribadi, Lund menganggap persepsi yang dilemparkan segelintir pihak yang mengatakan BWF tidak peka terhadap wabak yang mengancam keselamatan pemain, dan memutuskan untuk meneruskan penganjuran All England Mac lalu.

Jelas Lund, beliau menegaskan, BWF sentiasa menjadikan keselamatan dan kesejahteraan pemain dab pegawai sebagai perkara utama.Ā 

Malah, BWF juga sedar penundaan kejohanan memberi kesan terhadap pemain pemain elit dan barisan kejurulatihan yang mungkin kehilangan mata pencarian dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Malah, beliau membalas kenyataan segelintir pemain antaranya Saina Nehwal, HS Prannoy dari India dan Mads Conrad Petersen yang menganggap BWF lebih menitikberatkan soal kewangan berbanding keselamatan pemain.

Laporan media antarabangsa juga menyata pemain Taiwan disahkan positif Covid-19 sebaik pulang daripada menyertai kejohanan All England.

Lund menjelaskan, perbincangan menerusi dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan pakar pakar kesihatan untuk mendapatkan pandangan.

Malah, BWF akan melakukan yang terbaik dalam memutuskan sebarang perkara dengan motif yang baik dan mahu melindungi kesihatan dan kesejahteraan semua pihak yang terlibat.

BWF menunda kejohanan selepas tamat All England sekaligus menjejaskan perancangan pemain pemain yang memburu mata kelayakan ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

 

 

- Advertisement -