Kejohanan Badminton Celcom Axiata Terbuka Malaysia 2020 dijangka akan diteruskan dan dianjak ke bulan November.

Menerusi kenyataan media Persekutuan Badminton Dunia (BWF), kejohanan bertaraf Super 750 itu yang sepatutnya berlangsung pada 31 Mac hingga 5 April ditunda ke 24 – 29 November depan.

Selain Terbuka Malaysia, BWF turut mengesahkan 22 kejohanan akan berlangsung bermula Ogos depan.

Ia termasuk Piala Thomas dan Uber di Denmark yang dijadual pada 3 – 11 Oktober serta Jelajah Dunia Akhir yang dijadualkan pada 16-20 Disember di Guangzhou, China.

Empat kejohanan; Yonex Terbuka Jerman, Yonex Terbuka Swiss, Kejuaraan Eropah dan Crown Group yang sepatutnya berlangsung pada Mac hingga Jun masih dalam status ditunda manakala 10 kejohanan termasuk Kejohanan Badminton Asia dibatalkan.

Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund berkata perancangan untuk mengembalikan semula sukan badminton bukan mudah dengan had masa yang ada tetapi menerusi rangka kerja yang telah dibincang bersama wakil tuan rumah ia dapat dilakukan.

Beberapa kejohanan utama yang terpaksa dirombak selepas ditunda susulan pandemik Covid 19.

Tambahnya lagi, masih sukar untuk meramal bila perintah kawalan dan pintu masuk negara dan sempadan dibuka semula.Ā 

Kejohanan tidak akan dimulakan melainkan diberikan kelulusan dan dipastikan selamat untuk dilaksanakan.

BWF tetap mengutamakan keselamatan pemain dan pegawai, serta pegawai kejohanan serta komuniti badminton.

Dalam pada itu, BWF masih merangka pelan untuk meneruskan sistem ranking dunia bagi mengelak sebarang kejatuhan mata yang terlalu ketara hingga menjejaskan ranking pemain.

Makluman dari masa ke semasa akan diumumkan oleh BWF selepas penelitian dan penilaian dilakukan secara terperinci.

Kejohanan yang ditundaĀ 

YONEX German Open 2020 (3-8 March)
YONEX Swiss Open 2020 (17-22 March)
2020 European Championships (21-26 April)
CROWN GROUP Australian Open 2020 (2-7 June)
Suitable replacement dates are still being finalised for the suspended tournaments. A number of tournaments have been cancelled for the year.

Kejohanan yang dibatalkanĀ 

Orleans Masters 2020 (24-29 March)
Singapore Open (7-12 April)
Badminton Asia Championships 2020 (21-26 April)
XXIV Pan Am Individual Championships 2020 (23-26 April)
YONEX US Open 2020 (23-28 June)
YONEX Canada Open 2020 (30 June-5 July)
Russian Open (7-12 July)
YONEX Akita Masters 2020 (18-23 August)
Vietnam Open 2020 (25-30 August)
Indonesia Masters 2020 Super 100 (29 September-4 October)
BWF Tournament Calendar 2020 (Grade 1 & Grade 2)

 

- Advertisement -