2016_bwf_world_junioOleh Ku Mohd Lufti

Impian untuk melihat wakil negara mara ke pentas final Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2016 di Arena Bilbao, Sepanyol tidak kesampaian apabila dua wakil negara tewas di tangan lawan masing masing di peringkat separuh akhir.

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal menyaingi kuasa besar badminton dunia, China apabila kecundang di tangan Du Yue – He Jiting.

Gandingan China yang juga pilihan pertama kejohanan hanya memerlukan 27 minit untuk mengenepikan cabaran bergu campuran negara dengan kemenangan straight set 21-14, 21-11.

Perjuangan Malaysia berakhir selepas pemain perseorangan, Lee Zii Jia juga gagal mengesahkan slot ke final.

Berdepan pemain kelahiran Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo, Zii Jia yang diletak selaku pilihan kedua hanya mampu bertahan di gelanggang selama 40 minit sebelum tewas straight set 19-21, 18-21.

- Advertisement -