Cheah Liek Hou mencipta sejarah muncul pemain pertama memenangi emas dalam kategori perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), selepas sukan badminton dipertandingkan buat kali pertama di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Pemain nombor dua dunia itu menewaskan pilihan pertama, Dheva Anrimusthi dari Indonesia straight set 21-17, 21-15

Liek Hou, yang mengalami ā€˜Erbā€™s Palsyā€™ sehingga menyebabkan tangan kanannya lemah dan kurang stabil sejak dilahirkan berkata, penantian yang ditunggunya sejak sekalian lama bagi menyaksikan sukan badminton tersenarai dalam Sukan Paralimpik berbaloi, apabila dapat menghadiahkan emas buat negara.

Beliau mendedikasikan emas ini untuk rakyat Malaysia khususnya kepada jurulatih Datuk Rashid Sidekdan semua yang terlibat dalam membantunya untuk meraih pingat di Paralimpik Tokyo 2020.

Mengulas mengenai permainannya hari ini, beliau berkata kata-kata perangsang diberikan Rashid berjaya menenangkan dirinya, selepas mengakui gementar pada aksi separuh akhir pagi tadi sebelum menundukkan .

Terdahulu, pemain kelahiran Kuala Lumpur mengesahkan slot ke final apabila bangkit selepas tewas set pertama 15-21, kepada pemain Taiwan Fang Jen-Yu, untuk memenangi dua set berikutnya, 21-10, 21-16.

 

- Advertisement -