Disebalik cerita kejayaan Harimau Malaya ke atas Sri Lanka malam tadi pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe tampak sedikit lega dengan persembahan yang telah diberikan oleh pemain pemainnya.

Dua posisi, pertahanan dan serangan menjadi perhatian Cheng Hoe malam tadi sebelum berlepas ke Hanoi bagi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Juara Piala AFF 2018, Vietnam.

Hatrik yang dilakar Syafiq Ahmad selain barisan pertahanan yang kental memastikan gawang negara tidak dibolosi sedikit sebanyak menceritakan sejauh mana kesiap siagaan Harimau Malaya untuk melunaskan dendam dikecewakan Vietnam tahun lalu.

 

 

“Setakat ini, Syafiq telah bermain tiga… empat perlawanan bersama kami dan permainannya semakin meningkat dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Saya berharap beliau kekal konsisten dan dapat menjaringkan gol apabila kita memerlukan jaringan dalam perlawanan perlawanan selepas ini,” kata Cheng Hoe 

Malah, khidmat Aidil Zafuan Abd Radzak juga penting untuk memastikan kubu pertahanan negara kekal utuh selain mampu menyerap asakan pemain lawan.

“Saya berharap pemain pemain belajar daripada kesilapan lalu dan dengan adanya Aidil, saya harap dia mampu memimpin pemain pemain muda,”kata Cheng Hoe lagi.

Tiga pemain, J. Partiban, Shahrel Fikri dan Nor Azam Azih sah tidak akan dibawa ke Hanoi susulan kecederaan.

- Advertisement -