Oleh Ku Mohd Lufti

Tamparan hebat buat skuad Kedah selepas melakar kemenangan selesa 6-1 ke atas PKNP apabila pengendalinya, Tan Cheng Hoe melepaskan jawatannya selaku Ketua Jurulatih Kedah.

Spekulasi bertiup kuat mengatakan beliau akan bersama sama skuad kebangsaan untuk membantu Ketua Jurulatih, Mario Gomez.

Surat perletakan jawatan sebagai jurulatih Lang Merah telahpun dihantar kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Sabtu lepas dan masih menanti jawapan daripada pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Cheng Hoe mengharapkan kesemua pihak termasuk penyokong setia Merah Kuning memahami dan menghormati kehendakkanya kerana tugas membantu pasukan Kebangsaan menjadi pilihannya.

Kekosongan yang ditinggalkan oleh Tan Cheng Hoe akan diisi Nidzam Adha Yusof yang merupakan pembantu jurulatih Skuad Kedah.

Cheng Hoe yang mengendalikan skuad Kedah pada 2015 membantu pasukan itu kembali ke Liga Super selepas muncul juara Liga Perdana ketika itu.

Malah, beliau membantu pasukan Kedah muncul naib juara dalam aksi Piala Malaysia selepas tewas kepada Selangor dengan keputusan 2-0.

2016, keputusan yang lebih positif dari Tan Cheng Hoe apabila berjaya menamatkan Liga Super musim 2016 ditempat ketiga, dan pulang dengan satu trofi selepas muncul juara Piala Malaysia, menebus kekalahan kepada Selangor menerusi penentuan penalti.

Permulaan 2017 juga agak baik buat Kedah apabila Tan Cheng Hoe memulakan musim dengan trofi pertama selepas muncul juara Piala Sumbangsih dengan menewaskan Johro Darul Takzim.

Dalam saingan Liga Super ketika ini, Kedah menghuni tangga teratas selepas lapan perlawanan, mengumpul 18 mata hasil lima kemenangan dan tiga seri.

- Advertisement -