Bekas pemain kebangsaan, Lim Chi Wing menamatkan saingan perseorangan lelaki Top Glove Purple League Pro Am 2020 di tangga ketiga selepas menundukkan Muhd Izzuddin Shamsul Muzli  3-1 (11-8, 8-11, 11-9, 11-6) di Kompkeks Kejiranan Presint 11 hari ini,

Ia sedikit sebanyak menebus kehampaannya selepas gagal mara ke peringkat final dalam acara perseorangan dan bergu lelaki.

Dalam aksi bergu lelaki, tempat ketiga menjadi milik Liew Daren – Soong Joo Ven yang tidak berdepan masalah untuk melakar kemenangan straight set ke atas gandingan Shaun Chung Kin Wai-Wong Yau Xiang 11-8, 11-8, 11-5.

Pertarungan bagi kategori bergu campuran pula berakhir dengan kemenangan memihak kepada pilihan kedua, Wong Tien Ci – Lim Chiew Sien selepas lawan mereka, Mohd Arif Abdul Latif – Desiree Siow terpaksa menarik diri.

Tien Ci dan Chiew Sien menang 11-6 di set pertama dan mendahului 5-3 di set kedua sebelum Ariff mengalami kecederaan lutut dan tidak dapat meneruskan saingan.

“Kesakitan di lutut saya bermula semalam. Saya tidak boleh melakukan lompatan dan untuk mengelak kecederaan semakin serius , saya terpaksa menarik diri,”kata Arif.

Beliau juga mengesahkan telah menarik diri daripada pertandingan antarabangsa tetapi masih mengambil bahagian di kejohanan tempatan.

Arif juga menambah akan menumpukan sepenuhnya terhadap akademi badminton untuk mengasah bakat bakat baharu dalam sukan badminton.

Sementara itu, aksi separuh akhir yang berlangsung lewat petang semalam menyaksikan pemain bukan pilihan, Boon Xin Yuan – Teoh Lexuan dan Tan Kok Xian – Wong Kha Yan bakal berentap di pentas final bergu campuran untuk menentukan kejuaraan.

Xin Yuan – Lexuan bangkit daripada kekalahan di dua set pertama sebelum menunjukkan jalan keluar kepada bergu pilihan ke 3/4, Mohd Arif Abdul Latif – Desiree Siow dalam pertarungan lima set  7-11, 9-11, 11-8, 11-6, 11-10.

Sementara lawan Xin Yuan dan Lexuan di final esok, Tan Kok Xian – Wong Kha Yan turut melakar kejutan selepas menundukkan pilihan kedua, Wong Tien Ci – Lim Chiew Sien juga dalam pertarungan lima set, 11-9, 11-8, 3-11, 8-11, 11 -10.

Aksi final bergu lelaki akan menemukan pilihan kedua, Shia Chun Kang – Wong Tien Ci dan Iskandar Zulkarnain – Nur Muhd Azriyn  Ayup.

Perlawanan tumpuan final Top Glove Purple League Pro Am 2020 pastinya terarah kepada pertembungan dua pemain pilihan perseorangan lelaki, Soong Joo Ven dan Iskandar Zulkarnain.

(布城2日讯)在本赛事的男单和混双项目都无法打进决赛的前全国林志咏,在今天的季殿军比赛成功以11-8 8-11 11-9 11-6击败莫哈末伊兹祖丁。

同样失意男双半决赛的由两名男单名将刘国伦和宋浚洋的组合同样在男双季殿军赛中获得安慰直落三局以11-8 11-8 11-5轻取张键韦/王耀详。

最后一场季殿军赛事,混双比赛进行至第二局,3/4号种子阿里夫因旧患复发,无法继续比赛,携队友萧皓珊退赛,次号种子黄天启/林秋仙夺得季军。

赛后接受采访时阿里夫表示,他因膝盖的旧患复发而被迫退赛。“昨天比完赛后我的膝盖开始疼痛,以致我连跳跃都不敢。为了不让伤势恶化,我只好选择放弃。”

他同时透露,他本身已经完全退出了国际赛场,不过偶尔会参加一些国内的小比赛。接下来的日子里他将全心全意地经营羽毛球学院,栽培青出于蓝胜于蓝的新秀。

昨天下半场的半决赛,非种子球员沙登羽毛球俱乐部文鑫源/张乐绚和安邦再也羽毛球俱乐部的3/4号种子陈国宣/黄嘉欣成功杀进决赛,成了本赛会的两支黑马。

文鑫源/张乐绚以7-11 9-11 11-8 11-6 11-10力克阿里夫/萧皓珊(3/4);陈黄组合则以11-9 11-8 3-11 8-11 11-10击退较受看好的次号种子黄天启/林秋仙(2)。

所幸黄天启在男双的半决赛,成功与谢俊康把对手张键韦/王耀详淘汰出局,取得在决赛圈亮相的机会。另一场男双半决赛,刘国伦、宋浚洋显然缺少了双打球员该有的配合,结果以6-11   6-11  11-4  5-11不敌拥有双打背景的伊斯甘达和阿兹林。

明天是2020顶级手套紫盟专业自由人赛的决赛日,将在下午一点开始由单打宋浚洋对垒伊斯甘达揭开战帏,接着是混双两支黑马之间的对决。而压轴戏则是男双赛事,伊斯甘达/阿兹林(3/4)与黄天启/谢俊康(2)将争夺问鼎。

- Advertisement -