Jaguh badminton negara, Datoā€™ Lee Chong Wei menganggap nasib tidak menyebelahinya ketika kekalahan kepada pemain Hong Kong, Angus Ng Ka Long di suku akhir SuperSeriesĀ  Terbuka China, pada Jumaat.

ā€œSecara keseluruhan saya bermain baik, cuma tidak bernasib baik. Saya bangkit selepas tewas set pertama, kemudian bangkit selepas ketinggalan jauh di set ketiga, saling mengejar mata tetapi tidak dapat menamatkannya, sayang ia bukan hari saya.

ā€œBagi saya, ini adalah aksi yang lebih baik berbanding beberapa kejohanan yang lepas. Saya lebih yakin dan harap dapat tunjukkan permainan lebih baik di Hong Kong (minggu depan) yang mana merupakan kejohanan terakhir saya bagi tahun ini,ā€ kata pemain berusia 36 tahun itu.

Pada perlawanan itu, Chong Wei sekali lagi bermula perlahan dan bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kepantasan Angus apabila tewas mudah 12-21 namun berjaya kembali dalam permainan dengan memenangi set kedua 21-15.

Dalam set ketiga, Chong Wei bangkit dari ketinggalan 1-6 pada satu ketika sehinggalah terikat 19-19 namun gagal mengekalkan momentum dan membenarkan Angus mencuri mata seterusnya muncul pemenang dengan keputusan 21-19.

Kekalahan terbaru ini menyaksikan pemain nombor tujuh dunia itu tersingkir awal dalam tiga kejohanan berturut-turut. Sebelum ini, dia kecundang kepada HS Prannoy dari India di pusingan kedua Terbuka Denmark sebelum disingkirkan pemain Jepun, Kenta Momota di pusingan pertama Terbuka Perancis. – OLEH MUHAMMAD AIMAN

- Advertisement -