247_f01
Pictures by Lim Chee Sen

247_f05

 

Oleh Ku Mohd Lufti

Bekas pemain yang bernaung dibawah BAM, Chong wei Feng merangkul kejuaraan sulungnya apabila memenangi Sirkit GP Emas Kebangsaan selepas menewaskan Goh Giap Chin dalam aksi final.

Diletak selaku pilihan ketiga kejohanan, Chong Wei Feng bagaimanapun dipaksa bermain sehingga ke set penentuan dengan keputusan menangan 21-16, 16-21, 21-15 dalam masa 56 minit.

Wei Feng mara ke final selepas menewaskan Liew Daren di peringkat separuh akhir manakala Giap Chin mengejutkan pilihan pertama kejohanan, Zulfadli Zulkifli.

Sementara itu, bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei, muncul juara dalam aksi perseorangan wanita.

Beliau disahkan juara ketika menentang pilihan pertama,Tee Jing Yi yang bersara awal akibat kecederaan ketika Jin Wei mendahului 11-2 di set pertama.

Beregu wanita negara, Amelia Anscelly dan Teoh Mei Xing, dinobat juara selepas menewaskan Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean.

Amelia dan Teoh menang 23-21, 18-21, 21-17 dalam masa 56 minit.

Manakala gandingan beregu campuran Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing menepati ramalan selaku pilihan utama apabila menang mudah 21-8, 21-19 keatas Tan Chee Tean dan Chow Mei Kuan.

- Advertisement -