rio

Oleh Ku Mohd Lufti

Mahu atau tidak, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei akur impian untuk mengucup trofi Piala Thomas tahun ini tidak kesampaian.

Tidak mahu memandang belakang, Datuk Lee Chong Wei mahu terus member fokus terhadap persiapannya sebelum turun ke Rio untuk memburu pingat emas di Sukan Olimpik.

“Selepas Piala Thomas, Terbuka Indonesia dan Terbuka Australia, saya ada dua bulan untuk mempersiapkan diri untuk Olimpik Rio. Semua orang pastinya akan berlatih dengan gigih dan bertarung untuk meraih pingat emas. Saya juga berharap mampu beraksi dengan baik kerana sesiapa sahaja mampu memenangi pingat emas. Saya akan berjuang habis habisan,” kata Chong Wei.

Dalam aksi Piala Thomas, bermula dari saingan peringkat kumpulan sehingga ke peringkat separuh akhir, Datuk Lee Chong Wei menang kesemua perlawanan selaku perseorangan negara.

Kemenangan yang dilakar pemain kelahiran Pulau Pinang itu bagaimanapun tidak dapat membantu Malaysia untuk melangkah ke final apabila tewas 2-3 kepada Denmark.

- Advertisement -