V Shem-Wee Kiong

Impian untuk menyaksikan jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke final Kejohanan Badminton Seluruh England berkecai apabila tersingkir di pusingan pertama.

Pilihan kedua itu tumpas kepada pemain India, B Sai Praneeth straight set 24-22, 22-20 dalam masa 50 minit.

Turut sama mengikuti jejak Lee Chong Wei adalah perseorangan wanita, Tee Jing Yee yang tumpas kepada pemain Indonesia, Lindaweni Fanetri  juga straight set, 21-11, 21-18.

Bergu campuran Chan Peng Soon, Goh Liu Ying juga menerima nasib yang sama apabila tumpas kepada pilihan keempat kejohanan, Kim Ha Na, Ko Sung Hyung  dalam pertarungan tiga set 21-16, 17-21, 20-22.

Cabaran Malaysia kini digalas dua pasangan bergu negara, Goh V shem, Tan Wee Kiong serta Koo Kien Keat, Tan Boon Heong.

V shem dan Wee Kiong menang ke atas gandingan Thailand, Bodin Issara, Nipitphon Puangpuapech 16-21, 21-13, 21-9.

Menanti bergu Malaysia ini adalah pilihan kelima dari China , Chai Biao dan Hong Wei.

Manakala Kean Keat dan Boong Heong mengatasi cabaran pasangan dari India, Manu Attri, B Sumeeth Reddy 16-21, 21-13, 21-15.

Tugas getir menanti Kean Keat, Boon Heong di pusingan kedua hari ini apabila berdepan pilhan kedua kejohanan, Mohamad Ahsan, Hendra Setiawan dari Indonesia.

- Advertisement -