Lima pemain dalam kelab La Liga disahkan positif Covid 19 sejak kesemua pasukan memulakan sesi latihan minggu lalu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh penganjur La Liga, pemain yang terlibat diarahkan untuk berada di rumah manakala lain lain pemain akan terus menjalani sesi latihan secara individu dan akan diuji sekali lagi beberapa hari kemudian.

Kelab kelab dalam saingan La Liga telah menjalani sesi latihan yang merupakan peringkat  kedua daripada empat fasa untuk memulakan aktiviti bolasepak selepas ditunda sejak Mac susulan pandemik Covid 19.

La Liga dijangka akan disambung tanpa kehadiran penonton pada Jun. Namun penilaian masih terus dijalankan dan dipantau sebelum kata putus diumumkan.

Ujian dijalankan adalah untuk mencari kes kes asymtomatic atau jangkitan yang tidak menunjukkan sebarang tanda tanda untuk memastikan keselamatan semua orang sebelum saingan bolasepak disambung

malah, La Liga mengingatkan kepada semua pihak yang terlibat ketika sesi latihan untuk tidak memandang ringan terhadap prosedur keselamatan dan garis panduan yang telah disediakan.

Penjaga gol Real Sociedad Alex Ramiro mendedahkan beliau antara individu yang dijangkiti Covid 19 namun ujian semasa mendapati beliau disahkan negatif.

Beliau bersedia untuk kembali semula menjalani latihan namun masih perlu menjalani proses kuarantin.

 

- Advertisement -