Drama diantara Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dan Hockademy yang semakin rancak tidak perlu ‘dipanaskan’ menerusi kenyataan media mahupun laporan media tempatan.

Seeloknya kedua dua pihak bersemuka dan nyatakan pandangan serta alasan masing masing berhubung kelewatan pembayaran wang kemenangan.

Tuduhan demi tuduhan diberikan oleh kedua dua pihak tampak bukan jalan penyelesaian yang terbaik dan hanya mengeruhkan lagi hubungan.

Pengurusan Hockademy menerusi kenyataan media hari ini tampak semakin ‘panas’ dengan MHC yang menyifatkan hanya pasukan itu sahaja yang ‘kecoh’ menuntut hak mereka.

Mungkin cukup dahulu ‘perang’ menerusi kenyataan media mahupun laporan di media massa, sebaiknya adakan pertemuan dan bincangkan isu ini secara baik.

Andai gagal menemui penyudah selepas perbincangan, undang undang boleh diguna pakai sebagai alternatif.

Sukan menyatukan semua pihak bukan medan untuk menunjukkan ‘taring’.

- Advertisement -