Oleh Ku Mohd Lufti

Pengurus pasukan berbasikal yang berpengkalan di pantai timur, Terengganu Pro Asia Cycling, (TSG) optimis kehadiran Jeremy Hunt selaku jurulatih pasukan itu mampu merealisasikan impian untuk berada di kedudukan empat pasukan terbaik di rantau Asia pada tahun ini.

Danny berpendapat, kehadiran Jeremy yang pernah menjadi pelumba sebelum beralih ke bidang  kejurulatihan mampu untuk membimbing pelumba TSG.

“Sejak hari pertama, dia (Jeremy Hunt) berpuas hati dengan komitmen, sikap, kemahiran dan perkembangan latihan hari pertama pada bulan lepas.

“Sudah tentu kita mahukan seberapa banyak kemenangan peringkat dalam mana mana perlumbaan yang akan disertai khususnya Le Tour de Langkawi dan Sukan SEA ke 29 nanti.”Kata Danny.

Saingan LTdL 2016, TSG pulang dengan satu pencapaian apabila Mohd Adiq Hussaini Othman menyarung jersi putih untuk muncul pelumba terbaik Asia.

“Namun begitu, kami gagal meraih podium di setiap peringkat. Justeru tahun ini, kami perlu memperbaiki pencapaian untuk memburu kemenangan peringkat selain kedudukan pelumba keseluruhan dan pasukan.”Katanya lagi.

LTdL edisi 2016, dalam senarai kedudukan pelumba keseluruhan (General Classification), Adiq menduduki tempat ke 21 manakala Nur Amirul Fakhruddin Mazuki berada di kedudukan ke 33.

Manakala kategori pasukan, TSG menduduki tangga ke Sembilan daripada 22 pasukan yang mengambil bahagian.

- Advertisement -