GLEE-Shakir-wheels-away-in-delight-after-putting-Kelantan-2-1-ahead.-Pictures-by-KAMARUL-AKHIRasiana.my_

PUAS: Shakir meraikan jaringannya ketika menentang PKNS kelmarin. Bekas penyerang Negeri Sembilan itu sudah menjaringkan tiga gol setakat ini.

JURULATIH Kelantan, Steve Darby mula mengimpikan pentas final Piala FA selepas The Red Warriors (TRW) berjaya menewaskan PKNS FC menerusi agregat 6-5 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, kelmarin.

Gergasi pantai timur itu bertekad memastikan berada di landasan tepat untuk mempertahankan kejuaraan sebelum berdepan cabaran satu lagi pasukan kelab, Felda United di peringkat separuh akhir 6 Mei ini.

Darby berkata, misi TRW mempertahankan kejuaraan semakin hampir malah lebih yakin apabila anak didiknya sudah mencapai prestasi sebenar untuk mengharungi perlawanan sepanjang musim ini.

Jurulatih berbangsa Inggeris itu mengaku TRW pasti menjadi pasukan pilihan ketika berdepan Felda di separuh akhir, namun tetap mengingatkan pemainnya supaya tidak terlalu yakin, sebaliknya menuntut mengekalkan prestasi cemerlang sehingga tiba hari perlawanan itu.

ā€œSemua pemain sudah menunjukkan keyakinan dalam ketiga-tiga perlawanan sebelum ini dan saya rasa kita berpeluang cerah untuk mempertahankan Piala FA.

ā€œSebagai juara bertahan sudah pasti TRW akan menjadi pasukan pilihan namun kekuatan sebenar tidak boleh diukur dengan status berkenaan. Saya harap pemain dapat meneruskan rentak cemerlang ini sehingga ke ke pentas final dan seterusnya sepanjang musim,ā€ tambahnya.

Hasil kemenangan kelmarin, penyerang Kelantan, Ahmad Shakir Ali turut mendapat pujian daripada Darby selepas berjaya bangkit mempamerkan aksi cemerlang dengan mengutip tiga jaringan peribadi setakat ini.

Darby berkata, Ahmad Shakir sudah mula menunjukkan kombinasi baik dengan penyerang TRW yang lain termasuk bijak membaca hantaran kaptennya, Mohd Badhri Radzi.

ā€œDulu saya pernah katakan Ahmad Shakir adalah penyerang yang baik sekiranya diberi peluang dan beliau sudah membuktikan kehebatannya dalam beberapa perlawanan sebelum ini termasuk berjaya menyumbangkan satu gol dalam perlawanan malam kelmarin.

ā€œBukan saja Ahmad Shakir, malah semua pemain sudah mula menunjukkan persaingan yang sihat dengan membentuk kerjasama yang baik ketika beraksi di atas padang.ā€

Untuk memberi maklum balas, sila emelkan kepadaĀ editor@sports247.my

- Advertisement -