Oleh Muhammad Aiman

Pemain import dari Brazil, Guilherme De Paula yang membantu Selangor menjulang Piala Malaysia 2015, kembali ke kancah bolasepak tempatan untuk mewakili Kuala Lumpur.

De Paula menjadi pilihan saat akhir skuad warga kota dan dia hanya turun menjalani latihan buat pertama kali bersama pasukan itu pada Khamis.

Dengan aksi liga musim baru membuka tirai pada Jumaat, jelas De Paula tidak mempunyai banyak masa untukmembentuk keserasian atau persefahaman bersamar akan sepasukan namun dia tidak melihat ianya sebagai masalah besar.

“Saya mahu bermain, saya adalah pemain bolasepak dan saya mahu terlibat di dalam setiap perlawanan sama ada ianya perlawanan persahabatan mahu pun perlawanan kompetitif. Tapi ianya mungkin sukar kerana saya baru tiba di sini dua hari lalu, dan masih ‘jet lag’, badan masih terasa penat.

“Jika jurulatih mahu saya bermain, saya akan cuba berikan yang terbaik, saya mungkin tidak boleh bermain penuh 90 minit, mungkin saya boleh bermain satubabak,” kata De Paula yang dibawa masuk menggantikan pemain Argentina, Carlos Chamorro.

Selepas meninggalkan Selangor, De Paula menyertai PDRM pada pertengahan musim lalu namun gagal membantu pasukan itu terus kekal di Liga Super di sebalik muncul penjaring terbanyak The Cops dengan 11 gol, termasuk tujuh jaringan di Piala Malaysia.

“Selepas kontrak saya bersama PDRM berakhir, saya pulang ke Brazil untuk bercuti bersama keluarga dan menenangkan fikiran. Saya berbincang dengan ejen saya mengenai apa yang saya inginkan musim ini, saya mahu terus bermain di Malaysia dan saya suka apa yang ada di Kuala Lumpur.

“Saya tidak kisah untuk bermain di divisyen lebih rendah walaupun dua musim sebelum ini saya bermain di Liga Super. KL adalah pencabar kejuaraan dan ianya bagus untuk saya, saya mahu membantu mereka.Ini satu cabaran baru,” kata De Paula.

Jurulatih Kuala Lumpur, Wanderley Junior hanya akan membuat keputusan sama ada menurunkan pemain itu atau tidak pada aksi pembuka tirai menentang Johor DarulTakzim II di Stadium Selayang selepas menilai tahap kecergasannya.

- Advertisement -