img-20161118-wa0005

Oleh Ku Mohd Lufti

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menjalinkan kerjasama dengan Dentsu Sports Asia (DSA)untuk membantu bagi mencari penajaan.

Kerjasama melibatkan tempoh selama empat tahun, kerjasama dengan DSA, ia diharap dapat membuka peluang penajaan MOM ke arah Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, selain Sukan Asia 2018 di Indonesia dan Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia.   

Turut hadir sama di majlis tersebut, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif DSA, Kunihito Morimura, Timbalan Presiden MOM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria dan Ketua DSA Malaysia, Stewart Ramalingam.

Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imram Tuanku Jaafar menjelaskan, DSA mempunyai hak eksklusif untuk memperoleh dan menguruskan tajaan MOM daripada syarikat-syarikat tempatan, Jepun dan syarikat antarabangsa.

“Jelas sekali, kita tidak menjalin perjanjian tanpa melihat kepada sesuatu yang lebih penting daripada apa yang kita sedia ada…mungkin lebih kepada pendekatan profesional dalam urusan pemasaran.

“Buat masa ini, ia adalah persoalan bekerja bersama-sama dan melihat tajaan yang boleh kita dapat daripada pasaran serta nilai yang kami boleh berikan kepada penaja,” kata Tan Sri Tunku Imran.

DSA, adalah anak syarikat Dentsu Incorporation, yang memegang hak eksklusif tajaan untuk Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo.

- Advertisement -