Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengesahkan dua kejohanan dibatalkan, iaitu Terbuka Korea 2021 dan Terbuka Macau 2021.

Sainga Terbuka Korea berstatus Super 500 sepatutnya dijadual berlangsung dari 31 Ogos hingga 5 September sementara Terbuka Macau dijadual pada 2 hingga 7 November depan.

BWF menerusi kenyataan media hari ini turut mengesahkan Korea Masters 2021 yang sepatutnya dilangsungkan pada Jun lalu namun ditunda susulan pandemik Covid 19 dibatalkan kerana situasi semasa di negara penganjur yang masih tidak menentu selain sekatan yang dikenakan.

Begitu juga dengan saingan Kejuaraan Remaja Dunia yang sepatutnya diadakan di China terpaksa ditunda dan berkemungkinan dibatalkan jika tuan rumah China gagal mencadangkan tarikh baharu kepada BWF

Dalam pada itu, BWF masih belum menentukan tarikh penganjuran dua kejohanan di Malaysia, iaitu Terbuka Malaysia 2021 dan Malaysia Masters 2021.

 

- Advertisement -